CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1372|Reply: 0

[SEJARAH] Sultan Salahuddin al-Ayyubi memperoleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin.

[Copy link]
Post time 9-7-2021 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Hari ini 834 tahun yang lalu, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memperoleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin.

Pada Disember 1186, Reynald de Chatillon melanggar perjanjian damai yang dipersetujui oleh Raja Baitulmaqdis, Baldwin IV sebelum kemangkatannya dengan Sultan Mesir dan Syria, Salahuddin al-Ayyubi apabila menyerang rombongan dagang Islam di Kerak.

Berang, Salahuddin berikrar untuk membunuh Reynald lalu mengumpulkan kekuatan dari segenap wilayah jajahan kerajaan Ayyubid. Sekitar 40,000 tentera dipimpin mara ke tanah jajahan Kristian, bermula dengan menakluk Cresson pada 1 Mei 1187.

Sebagai tindak balas, sekitar 20,000 tentera Salib dipimpin oleh Raja Baitulmaqdis yang baharu, Guy de Lusignan untuk berdepan dengan kemaraan angkatan Ayyubid. Bersama Reynald dan Balian of Ibelin sebagai panglima kanan, mereka mendirikan kem di Saffuriya.

Salahuddin menyedari bahawa lebih mudah menewaskan musuh dalam pertempuran terbuka berbanding menyerang mereka di pangkalan, maka beliau menyerang dan menakluk kota Tiberias untuk mengumpan angkatan Salib supaya bergerak dari Saffurya.

Ia berhasil, dan pada 3 Julai, Raja Guy memimpin tenteranya mara ke Tiberias. Namun dalam cuaca panas terik dan berdebu, mereka diserang oleh pasukan pemanah berkuda Ayyubid dari segenap arah dan memaksa mereka bermalam di tengah jalan sambil terus ditekan.

Pada siang 4 Julai, angkatan Salib yang kehausan dan lemah mengubah haluan menuju ke Hattin, di mana ada sumber air. Namun sepanjang itu, mereka terus diasak dengan serangan pemanah ditambah asap daripada pembakaran semak di sekitar oleh tentera Ayyubid.



Segenap laluan ditutup oleh barisan tentera Salahuddin, sehingga akhirnya mereka dikepung. Mereka bertempur namun tidak berdaya lagi melawan, akhirnya tentera Salib menyerah kalah dan Raja Guy dijadikan tawanan perang atas belas Salahuddin.

Namun tidak buat Reynald. Putera Antioch itu yang turut sama ditawan bersama Raja Guy kemudian menemui ajal di tangan Salahuddin, yang melunaskan ikrarnya untuk menghukum si pelanggar janji itu.

Kemenangan di Hattin itu telah meranapkan kekuatan ketenteraan Kerajaan Kristian Baitulmaqdis dan membuka laluan mudah kepada Salahuddin untuk menakluk kota suci itu pada 2 Oktober tahun sama.

Sumber: World History, History Today
Gambar: Wikimedia Commons
https://www.facebook.com

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.032450 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list