CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 1

Rindu Makkah tiada batasan

[Copy link]
Post time 5-7-2021 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Rindu Makkah tiada batasan



TAHUN ini 60,000 jemaah sahaja boleh menunaikan fardu haji membabitkan warga Arab Saudi dan warga negara asing yang bermastautin di negara itu.
BULAN haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah panggilan Baitullah. Bait lagu yang cukup nostalgia ini sering meniti di bibir umat Islam setiap kali musim haji. Sekarang menjelma lagi bulan haji bermula Syawal, manakala perjalanan ke sana biasanya bermula dari Zulkaedah. Setiap tahun jemaah haji akan berdebar menunggu nama mereka dipanggil untuk menerima jemputan Allah. Firman Allah SWT:  "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah."  (Surah al-Baqarah, ayat 196)

Cita-cita paling suci setiap hamba Allah yang beriman dan bertakwa adalah menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Saban hari mereka menunggu surat jemputan dari Lembaga Tabung Haji. Sebelum penyebaran pandemik covid-19 pada hujung 2019, semuanya berjalan seperti biasa dan sistematik. Semua kuota haji dipenuhi. Malaysia tidak terkecuali dengan 30,200 kuota penuh beserta kuota tambahan istimewa dari kerajaan Arab Saudi disebabkan hubungan diplomatik dan persaudaraan yang akrab di antara kedua-dua negara.

Akan tetapi segala-galanya berubah dan tidak dijangka. Dengan takdir Allah SWT apabila berlakunya pandemik Covid-19, jemaah haji luar Arab Saudi tidak lagi dapat menunaikan haji untuk sementara waktu. Pada tahun 2020 hanya 1,000 orang jemaah sahaja dibenarkan, manakala pada tahun ini meningkat kepada 60,000 orang jemaah sahaja boleh menunaikan fardu haji. Namun mereka ialah warganegara Arab Saudi dan warga negara asing yang bermastautin di negara tersebut.

Walau apapun yang berlaku, kita tetap mengenang betapa hebat dan istimewanya ibadah haji. Ia merupakan rukun Islam kelima, yang menyempurnakan Islamnya seseorang Muslim, selepas mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadan dan menunaikan zakat. Seperti hadis Nabi SAW: Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar RA, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Islam itu didirikan atas lima (perkara) – Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa di bulan Ramadan" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dilaksanakan hanya di sekitar Tanah Suci Makkah. Haji menurut syarak adalah  mengunjungi Baitullah  (Rumah Allah) di Makkah untuk melaksanakan manasik tertentu (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat tertentu dalam bulan Zulhijjah. Oleh itu menunaikan ibadah haji merupakan impian rohani setiap Muslim, setelah cukupnya perbelanjaan sendiri, tanggungan dan orang yang ditinggalkan. Firman Allah SWT:  "Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk."  (Surah Al-Imran, ayat 97)

Selain itu, kita perlu memahami bahawa ibadah haji merupakan perhimpunan agung umat Islam sekali setahun. Semua hamba Allah pasti mencari hikmah, keagungan dan kebesaran Allah, walaupun mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada pemimpin, rakyat, orang kaya, orang miskin, orang berkulit hitam atau berkulit merah. Ini juga adalah gambaran kematian dan akhirat iaitu perhimpunan di Padang Mahsyar untuk menerima balasan kebaikan dan keburukan. Semuanya sama di sisi Allah, pakaian yang sama ihram berwarna putih. Ini menunjukkan Islam tidak mendiskriminasikan sesiapa kecuali dengan ketakwaan mereka sahaja. Ia menjadi indikator membezakan setiap insan. Ini diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas yang bukan Arab, atau bukan Arab ke atas orang Arab atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan." (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,). Inilah ruang untuk menundukkan keegoan dan kesombongan manusiawi di tanah suci yang penuh sejarah dan pengajaran.

Setiap yang pergi ke sana perlu melakukan pengorbanan wang ringgit, kedudukan, pangkat, kekayaan. Tiada kemanisan haji tanpa pengorbanan. Pengembaraan haji amat suci kerana ia juga sebagai salah satu platform yang sangat penting untuk pengampunan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa kerana ketidaksempurnaan sifatnya dan terdorong dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Oleh itu dengan mengerjakan fardu haji, semua ibadahnya adalah penebus dosa-dosa yang lalu. Muka berseri dan tenang akan kelihatan bagi mereka yang pulang dari tanah suci. Seterusnya ia menjadi benteng yang ampuh untuk mengekang hawa nafsu. Satu cara yang paling berkesan untuk berubah ke arah kebaikan.

Ibadah haji juga menguji kesabaran dan ketabahan yang begitu tinggi. Ini disebabkan oleh suasana yang tidak sama dengan negara asal mereka, sama ada cuaca, persekitaran, orang sekeliling dan sebagainya. Suasana persekitaran yang hiruk pikuk dan kesibukan manusia luar biasa yang sedang beribadah dan melakukan pelbagai aktiviti menyebabkan kejutan budaya bagi seseorang.

Salah satu elemen yang sangat penting dalam hikmah menunaikan ibadah haji adalah saling mengenali dan bertaaruf sesama umat Islam untuk mempelajari budaya dan adat resam orang lain. Dari situ kita dapat mengenal saudara seagama kita walaupun kita tidak memahami bahasa mereka. Akidah yang satu kepada Allah SWT dan sunnah ikutan  Rasulullah SAW menjadi pengikat yang utuh.

Antara adab sebelum menunaikan fardu haji yang disarankan oleh ulama kita dan Lembaga Tabung Haji ialah niat yang ikhlas mencari keredaan Allah, bertaubat dengan bersungguh-sungguh (taubat nasuha), perbelanjaan yang halal dan baik, membawa bekalan dan perbelanjaan yang mencukupi, mencari teman yang sesuai bertujuan saling mengingati dan membantu, perbanyakkan doa dan zikir dalam kehidupan harian, membuat wasiat untuk waris yang ditinggalkan, memohon dan memberi kemaafan serta berlapang dada dengan semua orang di sekeliling, menyucikan hati dengan sifat mahmudah (terpuji) dan menghindari sifat mazmumah (tercela), bersemangat untuk mempelajari manasik dan cara  melaksanakan haji/umrah.

Akhirnya sikap seseorang itu akan diperhatikan setelah selesai menunaikan ibadah haji. Apa yang diharapkan ialah perubahan sikap, akhlak, penampilan menjadi yang lebih baik. Sedaya upaya meninggalkan sifat-sifat yang negatif, perbuatan keji dan menghindarkan maksiat kepada Allah SWT. Banyakkan menyemai benih reda, bersyukur atas nikmat yang berterusan, memanfaatkan masa yang diberikan Allah dan membanyakkan sedekah.

Marilah kita berdoa agar pandemik Covid-19 ini segera berakhir dan ramai lagi umat Islam di negara ini dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci dalam masa yang terdekat. Sesungguhnya rindu penulis dan semua yang pernah ke Tanah Suci tiada sempadan dan tidak pernah padam!

Penulis  Profesor Madya, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tiada tempat didunia paling dekat dihati dan ingin dtg berkali2…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.038728 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list