View: 5987|Reply: 37
|
16 tahun praktik susun barang dapur. Semua berlabel, ada tarikh
[Copy link]
|
|
mingguanwanita.my
16 Tahun Susun, Simpan Barang Dapur Begini, Sekeluarga Mudah Jadinya - Mingguan Wanita
6-8 minutes
Ibu anak enam ini berkongsi cara susun dan simpan barang dapur termasuk bahan basah. Selama 16 tahun praktikkan tip ini dan hasilnya mudahkan kegunaan ahli keluarganya.
Cikgu Nida berkongsi cara. Sila hadamkan perkongsian ini ya mak-mak.
Dah 16 Tahun Mokcik Jatuh Cinta Cara Ni
Haaa..
Cerita jatuh cinta lagilah.
Bukan pada masakan tapi untuk memudahkan percintaan mokcik masak-memasak.
Kesnya masa tu mokcik kena berkursus di Terengganu 3 bulan. Tinggalkan suami bersama 6 orang anak; yang ketika itu Abanglong baru darjah 4.
Dahlah 5 daripadanya anak jantan. Masuk bapaknya 6 hero dalam hidup mokcik.
Waktu tu seminggu sekali balik, mokcik masak stok lauk utama untuk seminggu terus. Buat sejuk beku. Encik Sommi hanya panaskan, dan tambah lauk sampingan saja. Tapi bila dengar cerita suami yang beliau kadang kerja- kerja menyiapkan bahan masak agak mengambil masa di samping tugas di tempat kerja dan menguruskan 6 anak masih kecil, mokcik simpati.
Maklum nak ambik bibik tak mampu.
Nak cari madu kang melayang lesung batu.
Ehhh….
Hinggalah kemudiannya, seorang rakan, doktor perubatan berkongsi bagaimana beliau memudahkan urusan sehariannya. Sebenarnya sama macam mokcik, beliau ingin memudahkan urusan si suami yang juga seorang guru; dek kesibukan tugasnya yang tak kenal masa.
Ambil Masa Sehari, Penuhkan & Gantikan Stok
Maka itulah cara mokcik sampai sekarang dah 16 tahun jatuh cinta,dan mestilah terus setia. Mokcik, kan?
Biasanya mokcik ambik satu hari yakni hari minggu untuk memenuhkan peti atau mengganti stok. Tidak perlulah setiap minggu melainkan kau hari-hari masak macam nak menyambut menantu atau madu.. Ehhh…
Mokcik dah asingkan bahagian bahan mentah tersebut untuk sekali masak mengikut menu kesukaan isi rumah. Dari sebesar-besar, hingga sekecil-kecil seperti bahagian tulang ayam untuk dimasukkan dalam sup sayur atau mi dan bihun goreng.
Hat paling besar tu janganlah korang masukkan sekor kambing hatta ayam belanda sekalipun ya!
Defrost Dulu Bila Nak Masak
Bila nak masak, boleh di ‘defrost’ kan dulu atau ada je yang boleh terus masuk je dalam periuk dessinni disssana korang tu…haaa .
Boleh juga sejukbekukan daun kari,daun sup,daun kesum atau seangkatan dengannya untuk sekali masak. Asalkan bukan hati kau yang beku malas memasakkk….
Ohhh..ada yang pertikai, konon stok tak fresh?
Mungkin yang pertikai tu abam nelayan yang pi ke laut tangkap ikan sendiri,atau suri dan surarumah yang tunggu kat jeti dan pasar.
Maafkanlah depa.
Sambil tunggu ikan baru sampai dari laut sambil tengok menu masak apa hari ini atau puaka mana yang memasak tuuu ..
Hahaha….mokcik mulut puaka pulak!
Walhal ironinya, tanpa sedar sebenarnya kita banyak beli dan makan barang basah yang entah berapa lama disejukbekukan. Teknologi kian memudahkan; justeru pilihan di tangan kita.
Yang pasti pilihan mokcik, bukan awak..haha ..
So tak perlulah klise sangat bagi komen menpertikaikan atau mempersoalkan. Kita tambah baikkan ikut cara kita,kan.
Cara Begini Mudahkan Pengurusan Di Dapur
Cara mokcik untuk memudahkan pengurusan di dapur, ketika waktu sibuk bekerja dan punya anak ramai. Yang sesuai dengan situasi mokcik kini ialah mengemas menyiapkan apa-apa patut sementara tengah sihat.
Hargai masa sihatmu sebelum masa sakitmu.
Jika bermanfaat, alhamdulillah.
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
Itu peribahasa orang lama.
Soal pengurusan masa dalam kehidupan.
Berpepatah agar kita menghargai masa.
Kalau korang taknak tanam padi atau jagung, pi je kedai beli.
Ehhhh lagi…haha….
Juga untuk memudahkan isi rumah yang lain mencari apabila perlu. Maklum anak-anak jantan mokcik yang dah besar panjang sekarang, suka memasak terutama tengah malam buta. Bela puaka ke apa depa ni.
So tak payah cari dengan mulut. Kalau tak depa akan dapat berteh goreng dari mulut mak depa.
Hahaha …
Kita buat dia kan.
Kita je tau macamana nak mudahkan diri kita.
Pengurusan hidup kita. Terserah cara kita. Mungkin kalian ada cara yang lebih super dan sistematik. Mana yang baik ambik. Tapi baik pada kita,belum tentu sesuai untuk orang pula.
Itu sifir asas.
Selebihnya jaga hati.
Jaga keluarga kita lagi utama.
Nak-nak waktu PKP ni.
Labelkan Siap-siap
Mokcik tak keluar pi pasar dah tapi siap tempah bekalan atas talian.Siapkan. Labelkan.
Juga takkan suruh encik sommi atau anak ke pasar mencari bahan mentah dan bahan basah pada masa-masa begini.
Pandemik ini menakutkan.
Kita dah tak tahu arah datang. Dah sporadik.
Kita pun tak tahu adakah kita ini pembawa atau mangsa.
Bacaan dah melangkaui unjuran.
Duduk je kat rumah.
Semua benda di hujung jari.
Tak perlu merisikokan diri, apatah orang lain.
Kalau malas, tempah jela. Biar stok dalam peti tu jadi mumia atau puaka!
” Mi, ni apesal label daging tetel. Tapi orang bukak tengok dalam ada udang galah!”
Hahaha ..
Itu biasa jugak berlaku bila angin malas mokcik datang!
Hahh..
Awak masaklah udang tu.
Gitu je mokcik bagi jawapan bela diri.
Hahaha….
#bilacikgunidamasak
~ bukan apa, bila,di mana dan bagaimana tetapi mengapa
#kitajagakita
#kitajagahatikita
Tapi sekarang dah kena upgrade juga. Kena boh tarikh. Nanti mokcik dok ingat benda tu ada lagi. Padahal benda tu baru beli. Benda tu ada berapa kali masak dah.
( Baca : mokcik pelupa nau sekarang)
Untuk ikan atau bahan mentah yang bersaiz besar, boleh isikan dalam plastik ( zipper bag). Banyak yang dijual siap sekali ada tempat tulis nama dan tarikh.
Biasanya mokcik susun ikut keutamaan menu yang lebih kerap dimasak.
Mokcik gunakan warna bekas berbeza untuk jenis bahan basah yakni aneka makanan laut, ikan,ayam atau daging bagi memudahkan pencarian.
Yang pasti mokcik takkan cari anak mokcik menyorok dalam ni.
Serai, daun kesum, daun bawang dan seumpamanya pun mokcik susun ikut sekali masak.
Balutkan saja dalam tisu dapur ikut sukatan dikehendaki dan bubuh dalam bekas kedap udara.
Cili, lemon dan seumpamanya jika perlu dibasuh sebelum disimpan, pastikan dalam keadaan kering sebelum dimasukkan dalam peti.
Aneka sos mokcik beli yang paket dan boh dalam botol dua hengget je. Maklum anak ramai dan bela puaka atau saka tah berapa ekor sorang..hahaha ..
Hat ni saja mokcik tayang apa ada kat rak tepi peti ni.
Kang korang tanya plak kan?
Oh ya.. walau anak-anak kadang perasan depa tekak omputih, tapi mokcik tekak melayu tetap makan budu.
Sumber/Foto : Cikgu Nida
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kemasnya sis.. lai lai mai umah ehehe jemput sis |
|
|
|
|
|
|
|
Babi k sis? Tips 3 baris je. Baik letak caption gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua perlu kerjasama nak buat. Kurang2 keje laki bini. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagi penuh isi petiais dia. |
|
|
|
|
|
|
|
bebel panjang tips berapa je. nak kena kejar dengan hantu kopek vokuru ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rajinnya makcik ni label siap tarikh..iols jenis bahagi2 barang basah masuk ziplock gak..tapi xde label2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar ke kalau cakap anak mcm ni?
"Maklum anak ramai dan bela puaka atau saka tah berapa ekor sorang..hahaha .."
I bab anak sensitip giler.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je suka buat macam ni sekarang nak2 sejak kedai RM2.10 ada ramai rajin beli bekas dan labelkan barangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lukislah makcik, penat nak baca bebelan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg cikgu ke.. rempitnya bahasa dgn pjg karangan..tapi oklah bg tips |
|
|
|
|
|
|
|
Sll berangan nk chest freezer tu. Mcm2 nk letak. |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang nau menaip mokcik.. iols tak baca.. hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa rasa geram org bahasakan anak2 pakai ekor, ini dia kata anaknya ada saka pulak |
|
|
|
|
|
|
|
I skip some parts sebab panjang jua bebelannya. I pun beli chest freezer and simpan lauk ikut portion. Bukan lauk je, I simpan aiskrim jugak and some bebola kot nak buat yong tau foo. Idea macam ni banyak orang buat, dapur pun nampak organize, peti sejuk pun nampak kemas. |
|
|
|
|
|
|
|
Bebel panjang-panjang orang tak baca la mok cik oi.
Orang skip ke bahagian tips tu je. Atau orang malas nak baca lagi dah bila panjang mukadimah yang tak ada kaitan dengan topik utama.
Sama macam blog Azie kitchen. Nak bagi resepi tapi mukadimahnya panjang bebenor. |
|
|
|
|
|
|
|
RumiMenari replied at 3-7-2021 03:03 PM
Kelakar ke kalau cakap anak mcm ni?
"Maklum anak ramai dan bela puaka atau saka tah berapa ekor sor ...
Kannn.. mak pun tetiba baca ayat ni mcm ehhh dia ni bercakappp. Ckp seorg ibu tu doa. Hati2 bila keluarkan kata2.. hati dia yg tak bersih bersangka2 dgn org yg nak komen post dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
over lah mokcik duk sebut2 sangat madu lah puaka lah bagai? memang memintak sangat ke nak bela madu dengan puaka tuh mokcik? mohon siap sedia tambah lagi freezer untuk bekalan madu dan puaka tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Eva_yy_Ellin replied at 4-7-2021 12:07 PM
Bebel panjang-panjang orang tak baca la mok cik oi.
Orang skip ke bahagian tips tu je. Atau orang m ...
AKu stress jugak dgn azie kitchen. AKu nk cepat Cari resepi...punye pjg cerpen dia taip..aku lagi rela Cari YouTube limau nipis n buat org lapo. Ringkas je resepi. Che nom pon lama nunggu dia bagi resepi |
|
|
|
|
|
|
| |
|