CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1802|Reply: 6

[Sabah] Terumbu Karang Pulau Mabul Rosak Dilanggar Tongkang

[Copy link]
Post time 26-6-2021 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Terumbu Karang Pulau Mabul Rosak Dilanggar Tongkang


Lokasi tongkang membawa bahan binaan berlabuh di Pulau Mabul dan (gambar kecil) kerosakan terumbu karang yang dilanggarnya. Foto Ihsan Pembaca



SEMPORNA: Terumbu karang di lokasi menyelam popular dunia di Pulau Mabul di sini, mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar sebuah tongkang yang mengangkut bahan binaan ke pulau itu semalam.
Kerosakan di tapak menyelam Paradise One itu disedari seorang pengurus resort di pulau terbabit yang terkejut dengan kehadiran tongkang berkenaan.
Difahamkan, pengurus terbabit yang enggan didedahkan namanya menemui kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan di pulau itu dan menjelaskan bahawa tongkang itu terlalu besar dan tidak boleh rapat ke Pulau Mabul.
“Saya menjelaskan kepadanya bahawa tongkang itu terlalu besar dan sukar untuk merapat ke pulau walaupun ketika air pasang.
“Jika dipaksa juga ia akan menyebabkan tongkang itu tersekat di terumbu karang dan merosakkannya.
“Saya sangat sedih apabila kontraktor itu tidak mempedulikan nasihat atau amaran yang diberikan. Kerosakannya sangat menyedihkan untuk dilihat,” katanya.
Menurutnya, kontraktor terbabit sepatutnya menggunakan tongkang lebih kecil untuk membawa bahan binaan ke pulau itu bagi mengelak kerosakan terhadap terumbu karang.
Tapak menyelam popular dunia itu menjadi tumpuan ramai penyelam antarabangsa dan ia adalah habitat kepada spesies terumbu karang yang jarang ditemui, kebanyakannya dikenal pasti menerusi Projek Pemetaan Terumbu Keras Berprestij Semporna-Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).
Kawasan terumbu karang itu juga terkenal sebagai tapak selaman malam selain menjadi lokasi latihan untuk kursus menyelam eko Reef Check Malaysia.
Sementara itu, pengasas kumpulan konservasi tempatan Green Semporna, Adzmin Fatta berkata, dia sangat sedih dan terkejut sejurus mendengar mengenai kerosakan terumbu karang di tapak menyelam itu.
“Kita berjaya melaksanakan program konservasi marin bersama komuniti tempatan di Pulau Mabul selama beberapa tahun, tiba-tiba mendengar berita terumbu karang dirosakkan.
“Ramai sukarelawan kami sangat sedih apabila mengetahui kerosakan itu kerana sebelum ini kami melaksanakan banyak aktiviti pembersihan pantai di lokasi itu untuk melindungi terumbu karang yang ada di sana,” katanya.
Pengurus Besar Reef Check Malaysia Julian Hyde berkata, terumbu karang di Paradise One bukan saja menjadi tapak kajian tahunan yang dilaksanakan pihaknya, malah tempat latihan berkaitan terumbu karang.
Menurutnya, terumbu karang mengambil masa bertahun-tahun untuk tumbuh semula dengan baik, terutama dengan adanya tekanan seperti pelunturan karang yang dikesan di perairan Semporna baru-baru ini. – HMetro






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
"itu consruction  kelija habis..wa angkat wang...untung...itu telumbu kalang losak...wa tak tau..wa tak tau"- tauke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama perangai dengan yang negeri banjir lumpur tu kot, tak peduli langsung pasal environment... Rosak sikit2 apa salah nya khennn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2021 07:02 PM | Show all posts
kalau muatan tongkang ikut piawaian memang tidak akan berlaku.  Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas kerana proses untuk terumbu karang yang rosak tumbuh mengambil masa yang sangat panjang untuk pulih semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 07:03 PM | Show all posts
nanti jadi macam pulau paya tioman. batu karang mati penuh sampai nak mandi laut pun  tak boleh. boleh tengok je. dahlah tajam sampai luka kaki. ngeri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh lah kontraktor neh..
Kasi saman saja..
Soh dia telan.semua trumbunrosak tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2021 11:08 AM | Show all posts
Orang dah warning awal2, tapi ikut kepala sendiri jgk.
Memang patut amik tindakan la.

Bukannya tak tahu, tapi buat2 tak tahu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.077146 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list