YDH Dato' Pengarah JSPT,
YDH Dato'/Tuan Timb. Pengarah JSPT, YDH Tuan Ketua Urusetia JSPT dan YDH Tuan-Tuan KPP
LAPORAN KES MENARIK ISU VIDEO VIRAL MELIBATKAN ANGGOTA SJR OP COVID I0D KOTA KINABALU
A. Tarikh/Masa kejadian:
Tarikh: 01/06/2021
Masa: 1730 Hrs
Tempat Kejadian: Jalan Kepayan / Jalan Pahlawan (Berdekatan IPK Sabah)
B. Butiran Pengadu
▪️ Nama: Kpl Maslin Bin Samli
▪️ Tempat Tugas: BSPT IPD K. Kinabalu
▪️ Pegawai SJR: Insp. Hamzah B. Ismail (Cawangan Pengangkutan IPD K. Kinabalu)
C). Butiran pemandu/kenderaan:
1. Jenis Kenderaan: Toyota Harrier *SY 2597*
▪️ Nama: Nur Jawaheer Binti Ismail
▪️ No. KP: 34 Tahun
▪️ Alamat: Kg. Sabandar, Kota Kinabalu, Sabah
▪️ Jantina: Perempuan
D). Fakta Kejadian:
Kes viral hari ini pada 17.6.2021 dan baru dimaklumkan iaitu isu video viral melibatkan anggota trafik di SJR. Pada 01/06/2021 jam l/kurang 1730 hrs semasa penugasan sekatan jalanraya Op Covid 19 SJR 1 Jalan Kepayan, Sjn. Haidir Adris telah membuat pemeriksaan terhadap 1 buah kenderaan SUV Harrier yang dipandu oleh (1) perempuan Melayu berwarna perak no. Pendaftaran *SY2597* dan didapati cukai jalan kenderaan tersebut telah tamat tempoh dan telah mengarahkan untuk berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut oleh KPL Maslin B. Samli (Anggota BSPT K. Kinabalu).
Semasa pemeriksaan dan proses pengeluaran saman dijalankan, pemandu tersebut telah naik berang dan meninggikan suara dan membuat provokasi. Kpl Maslin kemudian memanggil pegawai SJR iaitu Insp. Hamzah untuk mengawal keadaan dan mengambil tindakan menenangkan pemandu tersebut. Namun pemandu tersebut masih berkeras dan meninggikan suara serta membuat provokasi.
Insp. Hamzah kemudian mengarahkan Kpl. Maslin mengeluarkan (2) keping saman atas kesalahan:-
i) Cukai Jalan Tamat Tempoh (21/01/2021), No. Saman: F1645G000361
ii) Insuran Tamat Tempoh (21/01/2021), No. Saman: F1645G000362
Selepas saman dikeluarkan, Insp. Hamzah mengarahkan pemandu tersebut beredar dari lokasi SJR. KPL Maslin telah diarahkan untuk membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Sek. 509 KK.
Wawa El-Daimond bakal menyinar sebagai seorang ' Model '
2010
SESUATU yang indah dinobatkan sebagai jelitawan walaupun begitu ramai wanita yang cantik menawan namun dalam pertandingan ratu cantik seorang sahaja akan terpilih sekali gus menjadi kenangan terindah sepanjang hidup.
Hidup ini bagaikan bintang bergemerlapan bila dinobatkan sebagai jelitawan tatkala kerjaya di puncak kejayaan melengkapkan personaliti seorang wanita anggun. Bidang peragaan atau ' Modelling ' itulah namanya, setiap wanita tidak akan lari daripada mengimpikan untuk memiliki tubuh badan dan paras rupa yang menawan.
Kecantikan seorang wanita terserlah bila mereka menyertai pertandingan-pertandingan ratu cantik kerana kecantikan dimiliki akan diadili seadil-adilnya. Apa pun, kecantikan seorang wanita bukan hanya pada susuk tubuh badan tetapi terletak pada paras rupa selain memiliki personaliti yang menarik dan berpengetahuan tinggi.
Ini diakui sendiri seorang Model tidak asing lagi di Sabah, Nur Jawaheer Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Wawa, 22, berpendapat tidak lengkap kecantikan seorang wanita jika tidak bijak dalam menjawab soalan-soalan.
"Memiliki pengetahuan am yang tinggi amat dititikberatkan dalam pertandingan ratu cantik. Bukan sahaja mengambil kira kecantikan seseorang itu tetapi turut menilai sejauh mana kebijaksanaan seseorang peserta ... ini sangat penting," katanya.
Bagaimanapun, gadis mudah manja yang memiliki ketinggian 5 kaki 8 inci mengakui meski pun tidak berpeluang untuk menyertai pertandingan seperti Miss Sabah Malaysia World tetapi beliau berharap akan ada peluang di masa akan datang.
Post time 18-6-2021 11:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Roadrtx xdak guna transpot lain p buat roadtax. Alasan tak munasabah padahal memg duk sabah. Juai apa dia ni. Kalau dah roadtax mati, sah2 la polis kena cek byk benda lagi kut ada jenayah lain kan
Ni kenyataan media bulan 4 hari tu. Pengecualian perbaharui roadtax dilanjutkan sehingga 28 jun, atau mungkin sambung lagi.
Walaupun roadtax tak dapat nak renew, insurans tetap kena hidup.
Cik Princess ni roadtax dia mati bulan 1, berbulan sebelum notis pengecualian ni dikeluarkan. Insurans jalan dia pun tak dihidupkan.
Memang terang-terang salah. Tak payah la nak konar baring kata polis tu perli-perli.