CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1040|Reply: 0

[Sabah] Ketua Menteri diminta bantu tangguhkan bayaran cagaran bil SESB

[Copy link]
Post time 18-6-2021 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Menteri diminta bantu tangguhkan bayaran cagaran bil SESB




TAWAU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor diminta campur tangan bagi menangguhkan kenaikan tahunan bagi bayaran cagaran deposit dalam pembayaran bil elektrik.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin berkata bayaran cagaran yang dibuat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dilihat tidak relevan dan membebankan rakyat.
“Ketua Menteri Sabah seharusnya mencontohi kerajaan sebelum ini yang menyediakan inisiatif pengecualian dan potongan bayaran bil elektrik sebagai usaha meringankan kos sara hidup rakyat.
“Semua orang termasuklah pemilik perniagaan terjejas teruk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyebabkan pendapatan rakyat turut terjejas,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Menurutnya, sangat tidak wajar SESB ketika ini meminta pengguna supaya membayar cagaran deposit yang lebih tinggi.

“Sepanjang PKP dilaksanakan, sudah tentu orang ramai terpaksa duduk di rumah dan menyebabkan peningkatan kadar bil elektrik semasa,” katanya
Katanya, meskipun kenaikan bayaran cagaran deposit tersebut adalah prosedur operasi standard (SOP) SESB dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Kita faham pengiraan bayaran cagaran deposit tersebut adalah dikira berdasarkan purata penggunaan elektrik semasa pengguna.
“Namun, ianya masih boleh dilaksanakan dengan berperikemanusiaan dan mengambil kira keadaan ekonomi rakyat pada waktu sukar ini, malah boleh ditangguhkan sehingga ekonomi pulih,” katanya.
Justin berkata, kerajaan sebelum ini pernah melaksanakan Pakej Bantuan COVID-19 yang meliputi pengecualian pembayaran bil elektrik.
“Selain itu, diberikan diskaun sebanyak 30 peratus selama tempoh tiga bulan bagi meringankan beban rakyat di negeri ini.
“Saya berharap agar Ketua Menteri Sabah prihatin berhubung isu ini dan mengambil langkah sewajarnya bagi menangguhkan kenaikan bayaran cagaran deposit dalam pembayaran bil elektrik,” katanya.


utusan borneo 2021-06-16T15:06:50+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.355646 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list