CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 1

[Sabah] Pemandu Perdagangan Di Sabah Perlu Lengkap Vaksin Untuk Ke Sarawak Melalui Brune

[Copy link]
Post time 16-6-2021 12:49 PM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU: Pemandu kenderaan perdagangan di Sabah yang perlu merentas negeri ke Sarawak akan dibantu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi membolehkan mereka melintasi negara Brunei.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Chin Kim Hiung berkata, pihaknya sedar ramai pemandu kenderaan perdagangan tidak dapat menghantar barangan ke negeri jiran itu, berikutan kawalan ketat kerajaan Brunei yang hanya membenarkan kemasukan pemandu sudah divaksin.

Katanya, LPKP Sabah mengambil berat syarat yang ditetapkan kerajaan Brunei bagi kemasukan pemandu kenderaan perdagangan memandangkan kenderaan dari negeri ini perlu melalui Brunei untuk ke Sarawak, khususnya ke Miri.
“Kerajaan Brunei hanya membenarkan pemandu kenderaan perdagangan yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 untuk melintasi sempadan negaranya.
“Sehubungan itu, LPKP menggesa semua pemandu kenderaan perdagangan yang perlu memasuki Sarawak supaya mengisi borang pendaftaran vaksinasi dan mengembalikannya supaya kita boleh menghantarnya kepada jawatankuasa vaksinasi untuk tindakan segera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, LPKP Sabah mengambil inisiatif menyediakan borang pendaftaran penerima vaksin Covid-19 bagi membantu pemandu kenderaan perdagangan di negeri ini mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Borang berkenaan katanya boleh didapati melalui laman Facebook LPKP Sabah.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan pemandu kenderaan perdagangan mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 dan dibantu untuk mendapatkan suntikan secepat mungkin.
“Disebabkan peraturan kerajaan Brunei itu, ramai pemandu kenderaan perdagangan tidak dapat menghantar barangan ke Sarawak dan mereka juga mendapati bukan mudah untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
“Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan melalui LPKP Sabah kini dalam proses mengumpul data pemandu untuk diserahkan kepada jawatankuasa vaksinasi COVID-19 untuk diambil tindakan segera,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tegas brunei ni, kes corona pun dah zero, kalau ada pun kes import saja.

Katup rapat sempadan negara, nak lalu pun susah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.177878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list