View: 1298|Reply: 3
|
[Sarawak]
Covid-19 15/06/2021
[Copy link]
|
|
COVID-19: Sarawak rekod 718 kes baharu, dua kematian
KUCHING: Sarawak mencatatkan 718 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian akibat jangkitan wabak itu, hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada kes baharu dicatatkan, sejumlah 426 atau 59.33 peratus daripada jumlah kes ini dikesan di lima buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Sibu, Sri Aman, Tatau dan Julau.
Katanya, daerah Kuching antara yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu (157), Sibu (80), Sri Aman (76), Tatau (57), Julau (56), Bintulu (41), Miri (40), Song (37), Pakan (34), Kapit (28) dan Subis (20).
"Daerah lain merekodkan kes Meradong (14), Bukit Mabong (14), Lundu (14), Mukah (10), Kabong (9), Kanowit (8), Bau (7), Asajaya (3), Sebauh (2), Dalat (2), Sarikei (2), Selangau (2), Samarahan (2), Saratok (1), Telang Usan (1) dan Serian (1). "Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 56,905," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
JPBNS berkata, daripada 718 kes baharu yang dilaporkan, seramai 54 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala katanya, seramai 638 orang adalah terdiri daripada individu diberikan arahan perintah kuarantin.
Mengenai dua kes kematian direkodkan hari ini, jawatankuasa berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 358 orang.
"Kes kematian ke-357 melibatkan lelaki berusia 75 tahun dari Pakan yang disahkan positif COVID-19 pada 5 Jun 2021 dan meninggal di Hospital Sarikei.
"Kes kematian ke-358 melibatkan wanita berusia 61 tahun dari Sibu, disahkan positif COVID-19 pada 27 Mei 2021 dan meninggal di Hospital Sibu," katanya sambil memberitahu kedua-dua kes mempunyai ko-morbid.
Sementara itu kata JPBNS, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,709 orang.
Manakala, 718 kes orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
utusan borneo 2021-06-15T17:33:52+08:00
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lima kluster baharu di Sarawak, dua libatkan tempat kerja
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan lima kluster baharu iaitu dua di daerah Kuching sementara masing-masing satu di Subis, Meradong dan Julau.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster berkenaan adalah Kluster Jalan Daya dan Kluster Kampung Muara Tebas di daerah Kuching, Kluster Dulang di daerah Subis, Kluster Nanga Strass di daerah Meradong dan Kluster Nanga Sejugam di daerah Julau.
"Bagi kluster Jalan Daya, merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah kilang pemprosesan makanan laut di kawasan perindustrian Pending, Kuching yang berpunca dari pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja kilang tersebut.
"Mereka yang didapati positif adalah penghuni-penghuni rumah pekerja kilang tersebut yang terletak di Jalan Daya, Kuching. Sejumlah 153 individu telah disaring di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 50 kes didapati negatif; dan 76 kes masih menunggu keputusan makmal," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Jawatankuasa berkata bagi Kluster Kampung Muara Tebas, Kuching ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di rumah berasingan di Kampung Muara Tebas, Kuching yang berpunca dari pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk di kampung tersebut.
Katanya sejumlah 17 individu disaring di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan tiga kes didapati negatif.
Sementara Kluster Dulang di Subis, ia merupakan tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah ladang kelapa sawit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Suai, Subis yang melibatkan pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja ladang tersebut.
Katanya sejumlah 289 individu disaring di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 249 kes didapati negatif; dan satu kes masih menunggu keputusan makmal.
"Manakala Kluster Nanga Strass, Meradong, merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Nanga Strass di daerah Meradong melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.
"Sejumlah 72 individu telah disaring di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 40 kes didapati negatif; dan tiga kes masih menunggu keputusan makmal," kata JPBNS.
Bagi Kluster Nanga Sejugam di Julau, ia merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nangan Sejugam melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.
Katanya sejumlah 148 individu disaring di mana 64 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 84 kes didapati negatif.
Jawatankuasa turut memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri mengisytiharkan dua kluster tamat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster.
Dua kluster berkenaan Kluster Long Jegan, Beluru dan Kluster Jalan Sultan Tengah, Kuching.
"Ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 86 kluster.
"Sebanyak 13 kluster aktif yang telah merekodkan 172 penambahan kes baharu manakala 73 kluster tidak merekodkan penambahan kes," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Empat kawasan dikenakan PKPD di Sarawak, sembilan ditamatkan
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memutuskan empat lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
JPBNS berkata, antaranya Rumah Setinggan Sebatang Kelapa di Bintulu yang dikenakan PKPD bermula 14 hingga 27 Jun 2021.
"Sementara itu PKPD Kampung Muara Tebas, Kuching berkuat kuasa 16 hingga 29 Jun 2021, PKPD Kampung Goebilt, Kuching (16 hingga 29 Jun 2021) dan PKPD Rh. Lasit, Sg Sare, Sarikei (16 Jun hingga 02 Julai 2021).
"Selain itu, dua lagi kawasan dilanjutkan PKPD iaitu PKPD Kuarters Pekerja Zedtee Plywood, Tatau (16 hingga 22 Jun 2021) dan PKPD Rh. Demong Li, Batu 8, Jalan Maskat, Labang, Sebauh (16 hingga 22 Jun 2021)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sementara itu kata JPBNS, sembilan kawasan ditamatkan PKPD, antaranya Rh. Lingga, Sungai Selangan, Sarikei yang berakhir pada 14 Jun 2021; Kampung Tambirat, Asajaya (15 Jun 2021); Rh. Aling Selepong Lop, Sri Aman (15 Jun 2021) dan Rh. Aji Sungai Ban, Sri Aman (15 Jun 2021).
Selain itu, Rh. Jerry Lai, Kampung Siga, Sri Aman (15 Jun 2021); Rh. Sli, Ulu Menuan, Batang Rajang, Kapit (15 Jun 2021); Rh. Thomas Settian, Skim B, Bintangor, Sarikei (17 Jun 2021); Rh. Seripah, Nanga Bekakap, Pakan (17 Jun 2021) dan Rh. Kelambu, Nanga Bekakap, Pakan (18 Jun 2021).
"Berhubung status daerah, hari ini daerah Julau telah bertukar ke status merah daripada status kuning setelah merekodkan sejumlah 72 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 30 daerah.
"Daerah Simunjan pula telah kembali ke status kuning daripada status jingga dengan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas," katanya.
JPBNS berkata, jumlah daerah berstatus kuning sebanyak lapan daerah manakala sebanyak dua daerah berstatus jingga dan tiada daerah berstatus hijau. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Polis Sarawak keluarkan 50 kompaun ingkar SOP
KUCHING: Polis Sarawak hari ini mengeluarkan 50 notis kompaun kerana gagal mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah berkenaan 13 notis dikeluarkan di daerah Kuching. "Sementara Bintulu (12), Padawan (11), Miri (5), Sibu (3), Kapit (2), Marudi (2), Sarikei (1) dan Kota Samarahan (1) kerana telah melanggar SOP," katanya. Menurut jawatankuasa daripada 50 notis kompaun berkenaan, kesalahan berada di tempat awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah merekodkan tertinggi iaitu 15 notis diikuti menjalankan aktiviti terlarang semasa PKP (14 notis).
Lain-lain kesalahan membawa penumpang melebihi had (5), membuka premis yang tidak dibenarkan beroperasi (5), tidak mengimbas MySejahtera semasa masuk premis (3), berkumpul dan tiada penjarakan fizikal (3), tidak memakai pelitup muka (3), gagal mengehadkan jumlah pelanggan masuk ke premis (1) dan rentas daerah tanpa permit (1).
Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan polis sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,809 kompaun. Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 17 kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan atas kesalahan pelanggaran SOP. "Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,038 kompaun," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|