View: 1036|Reply: 1
|
[Sabah]
Polis gagalkan cubaan keluar penduduk di PKPD
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Kawalan ketat polis di laluan masuk dua lokaliti kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) berjaya menghalang cubaan keluar beberapa penduduk ingkar.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata arahan untuk tidak keluar dari kawasan PKPD jika tidak mempunyai urusan penting tidak diendahkan.
“Mereka juga memberikan alasan remeh termasuk berjumpa dengan saudara yang mana alasan terbabit secara terang-terangan adalah menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan dikenakan PKPD.
“Tindakan untuk berjumpa dengan ahli keluarga juga salah satu sebab kenaikan kes yang tinggi sehingga Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk mengenakan PKPD di lokaliti ini,” katanya.
Menurutnya 15 pegawai dan anggota dengan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan ahli Kwasan Rukun Tetangga (KRT) ditugaskan untuk memantau PKPD di dua lokaliti terlibat.
Tambahnya penugasan itu termasuklah memantau Kampung Tanjung Aru yang mencatatkan sembilan kes positif membabitkan 27 buah rumah dan 47 keluarga dengan keseluruhan 198 penduduk.
“Bagi Kampung Kuala Menggatal kira-kira 2,000 penduduk terlibat di 134 buah rumah manakala kedua-dua lokaliti ini turut dikawal rapi oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dari kawasan laut.
“Saya juga menasihatkan penduduk di dua perkampungan dikenakan PKPD agar mematuhi SOP sepenuhnya dan hanya keluar jika ada keperluan penting serta mendapatkan bekalan makanan sahaja.
“Penduduk juga diingatkan untuk terus bekerjasama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan menjalankan menjalankan swab test (ujian calitan),” katanya.
oleh Vivi Olviana Najurus
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa happy lah jika dapat bolos keluar ...?
rasa terer sangat ...?
bukan tu nama nya sengaja mencari nahas untuk diri dan orang yang dier rang jumpa
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|