CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21108|Reply: 78

Pandangan jujur korang pasal orang yang belum kahwin

[Copy link]
Post time 3-6-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Salam semua...

Tahun ni insyaAllah kalau ada hayat, aku akan cecah 40years. Female, unmarried, & not seeing anyone. Kerjaya and earnings ok la pada aku.. Boleh la kasi aku cam apa yg org lain ada, rumah, kereta, savings. Parent & siblings aku pun normal je; takde drama & life semua stabil la pada aku.

Pasal jodoh, family aku x pernah bincangkan isu ni depan2 aku. Biasa la kalau pegi mana org tanya, tapi kita jawap lawak2 je la. Ala makcik tu kdg mmg cara dia bina soalan tu tak berapa betul, tapi aku malas la nak fefeeling sgt. Aku mmg selalu positifkan diri & buat apa yg buat aku hepi cam jalan pegi oversea dgn geng tiap tahun, pegi try makan tempat best dgn geng atau family, cuti malaysia dgn family, beli benda yg aku suka or beli apa yg anak buah aku suka, etc etc

Baru ni, mak aku komen pasal ada sorang sedara aku yg tak kawen umur masuk 60. Aku x reti nak rephrase sebijik, tapi lebih kurang cam dia kata bila tak kawen tu jd pilihan seseorang, mmg kena tanggung la rasa sunyi tu bila dah tua camtu. Pastu aku cakap la org tu maybe takde rezeki berjodoh dan bukannya pilih tanak kawen. Mak aku sambung pasal usaha dan jodoh, senang cakap dia kata aku tak berjodoh sbb tak cukup usaha, bla bla. Macam lagi la pasal jodoh yg mak aku cakap, malas pulak nak taip. Apa mak aku cakap tu pada aku semuanya ada betulnya, tapi mungkin sbb family aku jenis bukan bincangkan hal ni openly, aku cam terkesima sikit la.. Maybe sbb selama ni aku assume family aku ok dan faham, tapi dah nak 40 ni baru la aku nampak sebenanya dia susah hati dgn aku..

Aku nak tanya korang yg dah berkawin, apa sebenarnya dalam pandangan dan nasihat jujur korang pada org yg mcm aku ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 11:46 AM | Show all posts
Tak kawin sebab belum sampai masanya.
Jodoh, rezeki dan ajal  sudah ditetapkan, dan kita jgk memang patut usaha.
Jangan compare life kita dengan orang lain. Sakit jiwa nanti.

Kalau mak TT dah berbunyi macam tu, minta la dia doakan sungguh2.
Doa ibu kan senang makbul.

Jangan risau la TT.
Masing2 ada bahagian sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:05 PM | Show all posts
Pandangan org yg dah kahwin ni thadap ladies yg xkahwin lg:

takde apa2 pandangan negatif atau serong ke apa2 pun. Biasa2 je. Kalau diorg memang tgh nk mencari, siap tanya lg ada kriteria ke kot2 la ada kenal2 siapa2 yg menepati kriteria utk dikenenkan. Haha. Yang penting kena sentiasa doa, and usaha juga. Betul sgt apa your mom bgtahu. And tak perlu la compare sape kahwin dulu, nanti dah kawin, sape beranak plg laju. Life is not a race, gituu

Tapi ada jugak yg memang tak mencari, respect je decision diorang, takde apa2 masalah pun.
Mungkin belum terbuka rasa hati nk berteman sekatil sebantal sebumbung, atau lg selesa sendiri tak perlu laki pun dalam hidup. Utk yg belum rasa atau taknak mencari, betul la ur mom cakap, kena terima ur life choices tu with their consequences, eg rasa sunyi, kawan2 slowly kahwin and diorg akan ada priority lain utk husband and later on anak, maybe kawan2 pun akan mula tukar topic of interest dari fashion baju/tudung/high heels ke brand diapers anak2/tips breastfeeding or parenting. Hikhik.

Pape pun, just enjoy life. Tak semua yg kita impi tu terbaik utk kita. Tuhan dah susun cantik2 dah perjalanan hidup kita
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
X kahwin pun x apa asal bahagia sudahh ada aje kawan2 sekolah dulu, masih x kahwin lagi. Umur 40an dah. Travel sana sini, kereta, rumah pun ada. Kerjaya pun ok.

Pokok pangkal kahwin ke x, semua atas rezeki masing2. Xkan nak main sauk aje mana2 lelaki buat laki kita, kahwin asal boleh tutup mulut orang2 yg mengata. Pasal dah tua sunyi etc tu 'tuduhan' makcik2 onion aje pun. X kahwin pun boleh aje bela anak2 saudara sendiri @ ambik anak angkat ke.

Lebih baik hidup bahagia cara kita drpd hidup kena ikut telunjuk n puaskan hati orang lain aje semata2. Rezeki jugak yg belum kahwin tapi masih ada parents, kau boleh bahagikan maxima masa kau utk parents.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jodoh tu rahsia Allah. Kadang2 Dia bagi yg mcm kita nak. Kadang2 Dia bagi sipi2 je mcm yg kita nak. Kadang2 kita dapat yg tak disangka langsung. Kadang2 tak dapat langsung. Apa2 yg Allah dah susun, percaya jelah sepenuh hati sbb Dia lebih tau.

Kalau ada keinginan, permintaan, kita doa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kasut_bata at 3-6-2021 02:33 PM

InsyaAllah.. Doakan yg baik2 ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2021 03:15 PM | Show all posts
Salam saya pun macam TT, umur 40 atas dan ada jugak mak cik yang tak kawin. So far adik-adik dah semua kawin dan ada 7. Saya je yang tak kawin lagi. So far, family saya ok je, even makcik saya pun macam terkejut yang umur saya dah 40an sebab dia ingat mula lagi....sebab perangai macam budak -budak sikit. Mula-mula masa 30's ada juga rasa macam risau...ada juga try online muslim dating site yang free dan yang berbayr. Yang berbayar tu berhenti sebab selalu je tak buka website dan malas nak layan message. So rasa tak adil bagi ornag yang betul-betul nak kawin. So lepas 37 tahun saya dah berserah je...kalau ada jodoh, kawin, kalau tak saya dah prepare myself untuk hidup sendirian....

Mula-mula takut gak tapi lama-lama dah macam jadi selesa buat semua dan boleh pergi mana mana sendiri...atau maybe terlalu selesa...

Chill out TT...Insya Allah kalau ada jodoh tak ke mana.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai seorang yg telah bernikah, nasihatku pada semua pihak yg belum merasanya, tak perlu pusing kepala dengan isu kehendak berumahtangga. Tak ada faedah fikir mcm sekor forumer tersangkak 24jam meracau status andartu

Yg penting, jaga diri sendiri elok2 dan jangan kacau life orang. Jangan mengumpat dan dendam. Kerapkan mengasihi harta kepada sesiapapun. Insya Allah beroleh lapang jiwa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau la manusia ni boleh pilih jalan hidup confirm la semua nak jalan hidup yang gah je kan..
Family saya ramai juga perempuan belum bertemu jodoh happy je kerja, jaga parents, buat macam akak la enjoy life. dengan keadaan sekarang banyak sangat sangat cases bini tanggung suami, bini kena pukul, bini itu bini ini... so to me belum jodoh Allah will not burden a soul more than it can bare gituu... bukan dorang tak berkawan cuma mungkin belum sampai masa atau mungkin juga hidup tu dah tertulis berbakti kat orang tua ke apa nanti kita mana tau masa depan.
Chill je kak. Saya selalu pesan kat kawan saya elok-elok ko keje skarang happy, kang main beduk je laki mana kau yang menderita pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik single dr kawen dgn laki yg salah..kdg2 dah kawen dgn laki yg betul tp kita pulak yg xbetul.. safe to say TT dah ada rutin harian sendiri, own thinking n execution, dah biasa hidup dlm bubble sendiri.. boleh le berubah semua ru atas dasar kepentingan bersama or only bcos kena taat dgn suami?
Selain daripada berlaki and takut pada kesunyian di hari tua, ada je option lain..contoh nya amik anak angkat. Ada few kawan opis yg mcm TT amik anak angkat.siap susukan lagi.. and the best thing diaorg make it legal, so xde la kes tetiba budak tu kene amik. I doakan Allah berikan yg terbaik buat TT.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku neutral je orang kawen dan x kawen. Kalau ko orang yang rapat dengan aku dan ko seorang yang fragile, aku lagi x nak pressure sebab aku dah kawen dan aku dah dengar dan baca dari orang sekeliling aku yang dah kawen. Kalau ko x kuat, x cukup ilmu, lemah, pastu tak bernasib baik dapat laki yang bukan baik, memang boleh terseksa. Nak walkaway tu bukan senang.lagi2 dah ada anak.

Tapi, jangan la berhenti berdoa kalau ko nak bersuami yang baik. Sebelum subuh bangun tahajjud. Insya Allah dipermudahkan. Walaupon aku citer negative, masih ramai lelaki yang baik, penyayang dan bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 01:42 PM | Show all posts
aku risau je..lepas umur lebih 60.. akan rasa hidup sunyi teramat..masa tu datang rasa nyesal sebab tak berusaha sangat cari jodoh masa masih muda..kesian pulak kat mak yang dah tua..  susah hati tengok keadaan kita ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zztop63 replied at 4-6-2021 01:42 PM
aku risau je..lepas umur lebih 60.. akan rasa hidup sunyi teramat..masa tu datang rasa nyesal sebab  ...

Aku pun penah risau benda tu..

Dulu colleague aku cite pasal argument dia ngan husband dia pasal nak tambah anak. Husband dia nak ramai, dia takmau sbb tiga org yg ada tu pun dia huru hra. Husband kata anak ramai ni penting sbb masa tua nanti anakla yg kita harapkan utk menjaga kita. Tapi masa tu dlm ati aku tertanya, betul ke pikir camtu? Sbb anak tu amanah, dan ujian kita pun lain2. Anak Nabi Muhammad pun ramai yang mati masa kecik2. Tapi aku x komen pape la dpn dia. Pasal aku tanak dia rasa aku offended sbb aku andartu

Aku ada kawan yang kawin lebih 15 tahun takde rezeki anak dan dia pun tak adopt anak angkat.. Hujung minggu dia dgn husband buat hobi masing2, atau dia ajak aku gi lepak makan2 ke shopping2 ke. Pastu aku jugak ada kenal org yang  ada anak tapi anak cam tak amik pot sgt pun mak dia.. Ada sekali makcik tu demam, anak dia bawak pegi klinik, kebetulan aku kat klinik tu gak. bila dah siap, teketar2 makcik tu bayar sendiri, anak main henpon je. Cucu2 transit sekolah umah makcik ni, udah la x dibayar sesen pun, duit belanja sekolah budak2 tu pun nenek ni la yg kena bagi sbb kesian cucu xde belanja. Mcm2 masalah lagi la, senang kata menambah tidak, mengeruk lagi ada.

Aku rasa kawin atau tak kawin, ada anak atau takde anak, kita pun taktau rezeki kita masa tua nanti camana kan? Aku bukan defensive tau (kalau mak aku  baca ni mesti lagi panjang ceramah dia) but that's how cara aku pandang hidup ni supaya aku tak benci takdir aku.. Tapi aku tak nafikan, once in a blue moon perasaan takut/risau tu datang gak la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je. Belum bertemu jodoh lagi.belum masanya lagi.doa banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:11 PM | Show all posts
Kalau kau rasa happy je life sekarang, teruskan aje. Nanti dah tua, ada le anak buah akan rapat dengan kau. Or kalau sunyi and tak berapa berdaya, boleh check in nursing home. Aku tak suka mentality beranak supaya ada orang jaga masa tua. Aku nak anak aku nak jaga aku sebab dia sayang, bukan sebab terpaksa. Lagipun masa depan nanti kita tak tau lifestyle dorang macam mana, cukup tak masa, tenaga and wang.

Aku ada makcik macam kau ni. Dah almost 60 umur dia. Tak sunyi sebab dia duduk dengan mak aku. Anak buah ramai and dia rapat/baik dengan anak buah. Now hari-hari membelek cucu je. Kalau aku dah beli rumah besar sikit, boleh bawak dia duduk sama. Kalau dia nak la. Rezeki orang lain-lain. Tak semestinya yang anak berderet boleh bahagia senang lenang masa tua, yang takde suami, anak macam kau akan sunyi masa tua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 4-6-2021 03:11 PM
Kalau kau rasa happy je life sekarang, teruskan aje. Nanti dah tua, ada le anak buah akan rapat deng ...

Tingat ada sorang senior aku, dia penah ckp pasal dia nak siapkan duit utk nursing home. Dan dia nasihatkan aku suh pikir benda ni gak sementara ada income lagi ni.Konsep dia, drpd nyusahkan adik badik, baik sediakan payung sebelum ujan gitu kalau dah takdir mmg xde jodoh kat dunia ni.

Aku tengok komen2 dalam ni, aku suka tau baca view korang. Bukan kata aku suka sbb korang mcm sidekan aku, tapi aku rasa korang realistik.. Actually ada tau colleague aku, ladies, cakap pelik napa aku x kawen, "sbb pompuan kan salu cepat je kawen". Ntah apa maksud dia.. Aku keje gomen. Aku x sure, kalau keje private lain kot eh pandangan org..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 12:34 AM | Show all posts
Aku rasa bukan sebab tak usaha
Sebab Allah yg aturkan
Yg kawin2 tu sendiri ramai je kata jodoh dtg tetiber laki aajak kawin
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
assalammu'alaikum dan selamat sejahtera.

tt tinggal serumah dgn mak ke?  mak tt saja nak berborak2 je tu.  jgn ambil hati sgt. org tua mcm tu la.  dia nk bebel dia cari ur weak points.  tt pun dh matang, buat dek je.  in her hearts of heart, dia tau ni semua kerja Allah.  dia saja je tu, boring takde siapa nak ajak borak sbb tt pun mcm bz je kan?  tu nama tt kasut bata, peminat tegar bata ni.  gurau je tt, jgn ambil hati.  

ok sambung.  i suggest u to do something about urself.  ada apa kurang sblm ni, cuba betulkan.  dlm bidang ibadah terutamanya.  manalah tau kot2 mak tt boleh tersenyum gembira, sejuk hati.  tt pun umur dah 40, mesti mak tt dah lama masuk phase mendekati tuhan kan?  she wishes u to do the same.  contohnya kalau tt belum tutup aurat dgn sempurna ke, tt tutuplah.  lagi pun benda baik ni kena buat cepat2 sbb takutnya tk sempat nk buat.  niat buat demi Allah la bkn demi mak tt.  mak2 ni, dia rasa risau sgt2 kalau anak2 tak ikut perintah Allah.  manalah tau... dia dh lama nak ckp psl tu sbnrnya tp timbul kes psl kahwin pulak.  msk tt pun manusia yg tk lepas dari dosa.  mulutnya kdg laju dari otaknya utk fikir consequence.  terlepas ckp.  ntah2 dia pun tgh nyesal.  

berbalik kpd cara2 to improve ur lifestyle.  betullah kan? islam is a lifestyle.  ok where were we?  haa tu contoh kalau tt tk tutup aurat.  kalau tt tutup aurat alhamdulillah.  contoh lain... kalau tk mengaji al quran hari2 ke, haa mulakanlah. tk pandai?  cari je ustadz ustadzah online yg ramai buka kelas tu.  ada yg buat jafual ikut fleksibiliti kita.  ada tu bg pljrn free je kt fesbuk.  kita je yg turn away, patut ke tk patut?  takde alasan dah sekarang ni. contoh lain kalau solat tk cukup 5 ke, cukupkanlah.  kalau solat tk kusyuk, cuba kusyukkan.  antara cara nk kusyuk dlm solat ialah dgn sentiasa mengingati Allah di luar solat.  tgk benda tu, ingat kebesaran Allah.  tgk perangai org ni, ingat ia berlaku dgn izin Allah.  instead of nyanyi2 lagu, ucapkan puji dan pujian kpdNya.  istighfar selalu ke.  mcm tu lah lebih kurang cara ingat Allah ie zikrullah.

meh sambung lg.  apa pun yg berlaku dlm hidup kita ni tt, ada hikmahnya.  Allah nk bg kita hidayah bermcm cara.  antara kita nk sahut atau buat tak tahu saja.  kalau buat tak tahu, takut nanti Allah tkmo lalu-lalangkan hidayah kt kita je.  masa tu nyesal pun dah tak guna.  the chain of events yg bermula dgn mak tt komplen psl saudara umur 60 hidup sorang sbb tk khwin2, yg membuatkan tt buka thread di forum, sorang dua bg pandangan, saya buka dan terasa nk bg pandangan... ini semua bkn kebetulan.  ni semua dlm perancangan Allah.  saya masuk board family sbb nk meluah perasaan yg terbuku di dada di thread sebelah.  tak sangka tertarik dgn ur thread n tulis pjg lebar mcm ni pulak.  masya Allah.

so bottom linenya, gembirakan Allah b4 ur gembirakan sesiapa including urself.  for now, sabar dlm melayan perangai mak tt dan cubalah utk sejukkan hatinya.  apa adik-beradik tt fikir psl tt tk kahwin2 tu, tkyh ambil port.  kalau mereka tk bising, maknanya mereka pun selama ni hormat dgn ur decision n ur privacy.  just make sure u tak langgar hukum Allah, tu je. hukum Allah ni tak boleh diambil sekerat2, kita kena ambil semua yg Dia perintahkan dlm al quran tu.  kita rasa sejuk hati tgk cerita2 mualaf masuk islam kan?  sbb apa?  sbb mrk study dn fhmkan isi al quran.  kita ni umur dh byk tp nk habiskan satu surah pun pyh.  takde usaha langsung nk tuntut ilmu.  bljr arab langsunglah tak.  kita kenalah berubah segera, kan?

maaf ye tt.  termembebel pulak.  apa yg saya tulis kt atas tu, semoga bermanfaat buat tt dan saya serta lain2 forumer yg turut membaca.  semoga tt berbahagia bersama keluarga tercinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 5-6-2021 12:01 PM
assalammu'alaikum dan selamat sejahtera.

tt tinggal serumah dgn mak ke?  mak tt saja nak berborak ...

Terima kasih.. Aku baca sampai abis komen ni, aku hargai sgt2 cadangan ni.

Betul pasal perbaiki ibadah tu.. Quran aku baca tiap hari kecuali uzur. Aku rasa sbb duduk dgn mak kot, dia jenis mak yg drama keluarga iskandar tu hahahaha. Rasanya kalau duduk sendiri mungkin aku tak camni huhuhuhhuu. Cuma aku rasa, apa yg aku x buat ialah bedah Quran tu..  Fahamkan tafsiran tu dan renung balik apa yg aku missd out dalam life selama ni. Agaknya sbb aku baca sebagai rutin je, aku x hayati apa yg aku baca.. :-(

Masuk 40 ni, aku dah kena start kena solat sunat nak tampal2 ibadah aku yang xsempurna ni.. Yg ni mmg aku kurang sgt2, setahun nak bangun tahajud boleh kira dgn jari tangan sebelah je kot :-(

Nak tutup aurat dgn sempurna tu pun aku dah terfikir. Kat opis aku junior yang batch baru pun pakai stokin & sarung lengan, segan aku.

Tq beb, aku hargai pandangan ko ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bodo je yg suka persoalkan knp x kawin...knp x beranak lagi...knp x kerja ...bab kawin ni ..bab anak..bab rezeki semua atas urusan tuhan..ko cubala mcm mana kalau mmg bukan rezeki ko..bukan jodoh ko mmg x kan sampai...

Keliling kaka ramai lelaki dan perempuan yg belum ada jodoh yg masih bujang...x pernah rasa nk tanya knp...yg tua dari kaka pun ada yg masih x kawin2 baik perempuan mau pun lelaki....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.098305 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list