CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 30/05/2021

[Copy link]
Post time 31-5-2021 08:16 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Sabah Catat 190 Kes Baharu Hari Ini




KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan 190 kes baharu COVID-19 sementara keseluruhan negara pula melaporkan sejumlah 6,999 kes baharu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kunak melaporkan kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 34 kes.
“Tawau mencatatkan 29 kes, Papar 25 kes, Penampang 17 kes, Lahad Datu 16 kes, Kota Belud 14 kes, Sandakan 9 kes, Kalabakan dan Kota Kinabalu masing-masing 8 kes, Beaufort 6 kes, Kinabatangan 5 kes, Putatan 5 kes, Tuaran 4 kes, Semporna 3 kes, Kudat 3 kes, Kuala Penyu 3 kes dan Kota Marudu satu kes,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu katanya, daerah Beluran, Telupid,Tongod, Pitas, Ranau, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, Tambunan tidak mencatatkan sebarang kes.
Katanya, Sabah hari ini juga tidak terdapat kluster baharu.

sabah post 31/05/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2021 08:20 AM | Show all posts
PKPD 5 Lagi Lokaliti Di Sabah



KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di lima lokaliti di Sabah selama dua minggu, bermula Selasa ini.

PKPD terbaharu itu membabitkan Kampung Tanjung Kapor di Kudat, Kampung Assam di Lahad Datu, Taman Pelangi di Semporna dan dua kampung di Kota Belud, iaitu Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut.



Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini 10 kes positif COVID-19 dikesan di Kampung Tanjung Kapor selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian saringan ke atas 24 penduduk di lokaliti terbabit.

“PKPD juga akan dilaksanakan di Kampung Assam, Lahad Datu susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 di lokaliti itu.

“Dalam tempoh seminggu, 10 kes positif direkodkan hasil daripada 13 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Taman Pelangi, Semporna selepas lapan kes positif dikesan selepas KKM melakukan 28 ujian saringan ke atas penduduk di situ.

“Dua perkampungan di Kota Belud, iaitu Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut susulan berlaku peningkatan kes dalam tempoh 10 hari dengan sembilan kes dikesan di Kampung Payas-Payas dan 11 kes di Kampung Rampayan Laut.

“Terdapat risiko penularan yang tinggi di kedua-dua kampung disebabkan penduduk yang padat. Justeru PKPD terpaksa dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke luar dari semua lokaliti terbabit.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra, Kedah yang dijadualkan tamat esok akan dilanjutkan dua minggu lagi bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.



Sepanjang tempoh itu, KKM melakukan 1,085 ujian saringan di Bandar Darulaman dan 159 daripadanya disahkan positif COVID-19.

“Sepanjang PKPD di Lubuk Kawah pula, KKM melakukan 632 ujian saringan dan 48 daripadanya disahkan positif COVID-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata, KKM mengesahkan jumlah kes semakin meningkat dan kebolehjangkitan yang amat tinggi di kedua-dua lokaliti terbabit.



Dalam pada itu, katanya kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di 17 lokaliti di Sungai Ruan dan tujuh lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang esok, empat hari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan iaitu 4 Jun ini.



“Dalam tempoh itu, KKM melakukan 894 ujian saringan di Sungai Ruan dan 65 daripadanya disahkan positif COVID-19, manakala 824 ujian saringan dilakukan di Sempalit, 47 didapati positif COVID-19.

“KKM mendapati berlaku penurunan kes dan tiada kes baru direkodkan di Sungai Ruan dan Sempalit sejak 21 Mei lalu,” katanya. – BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197508 Replies : 4564
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4536 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052826 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list