View: 905|Reply: 0
|
Lelaki Gali Gua Bawah Tanah Lepas Gaduh Dengan Ibubapa
[Copy link]
|
|
Lelaki Gali Gua Bawah Tanah Lepas Gaduh Dengan Ibubapa
Kadang-kadang dalam hubungan kekeluargaan pasti akan ada situasi salah faham, merajuk dan sebagainya. Semua itu normal dan tiada apa yang pelik. Malah ketika kita kanak-kanak mesti ibubapa ada ajar kalau marah atau bergaduh sesama adik-beradik kena saling memaafkan.
Ini kerana talian kekeluargaan tidak akan putus biar apa juga alasannya. Namun begitu, baru-baru ini seorang anak sanggup menggali lubang di belakang rumah keluarganya kerana bertengkar dengan ibu dan bapanya.
Lubang yang digali itu dijadikan gua dan dia tinggal di situ. Menerusi laporan New York Post, Andres Canto yang berusia 20 tahun mula menggali lubang itu sejak enam tahun lalu. Difahamkan lelaki gali gua bawah tanah ini dengan menggunakan cangkul kecil.
Ruang lubang atau gua bawah tanah itu kini lengkap dengan ruang tamu dan bilik tidur. Selain itu kelengkapan seperti sistem pemanasan, wifi dan lain-lain turut ada. Dalam laporan itu juga memaklumkan Canto mula menggali kebun di belakang rumah keluarganya itu ketika berusia 14 tahun selepas bertengkar dengan orang tuanya.
Berikut adalah rakaman lelaki gali gua tersebut:
Sejak itu Canto mula melakukan aktiviti menggali selepas waktu sekolah dan dia turut meminta bantuan rakannya untuk meletupkan gua sedalam kaki tersebut. Difahamkan juga Conto menggali dengan sistem pully buatan sendiri dan memperkuatkan lagi gua tersebut dengan atap dan dinding menggunakan konkrit dan tiang.
SUMBER
TWITTER
NEW YORK POST
|
|
|
|
|
|
|
| |
|