View: 1644|Reply: 5
|
Lame, bintang TikTok paling popular di Itali
[Copy link]
|
|
Video-video Lame kebiasaannya tidak mempunyai dialog, dan dia hanya berinteraksi dengan menggunakan bahasa tubuh dan mimik mukanya yang bersahaja. – TikTok Khaby.lame/MailOnline
Lame, bintang TikTok paling popular di Itali
TURIN, ITALI – Seorang lelaki berjaya mengumpul 58.9 juta pengikut menerusi aplikasi TikTok sekali gus menjadi bintang TikTok paling popular di Itali selepas memuat naik pelbagai video memperlekehkan tips menyelesaikan masalah harian (life hack), lapor portal MailOnline kelmarin.
Akaun Khaby Lame, 21, diikuti ramai pengguna susulan aksinya yang memaparkan parodi tips menyelesaikan masalah harian. Videonya menyaksikan dia menggunakan cara lebih mudah dengan reaksi wajah bersahaja, tanpa dialog.
Antara videonya yang paling kerap ditonton adalah parodi seorang pengguna TikTok lain yang menggunting bajunya kerana tersepit pada pintu kereta.
Lame dengan wajah selamba melakonkan semula aksi itu, namun menggunakan cara lebih mudah iaitu membuka pintu kereta bagi melepaskan bajunya yang tersepit.
Video tersebut menerima 158 juta tontonan setakat ini.
Setakat ini, laman TikTok Lame mempunyai lebih 58 juta pengikut dan 791 juta tanda suka.
Video-videonya kebiasaannya tidak mempunyai dialog, dan dia hanya berinteraksi dengan menggunakan bahasa tubuh dan mimik mukanya yang bersahaja. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha
Iols.slalu te gok mamat ni..
Muka tak.bolrh blah bila dah settle masalah
Hahahahaa
Mcm "hey..bapak senang nak settle benda ni..kau orang susah sangat apehal?" |
|
|
|
|
|
|
|
Gaya tangan dia bila dah solve kan masalah tu paling lawak |
|
|
|
|
|
|
|
Suka juga dia ni, tak bingit & tak perlu terkinja-kinja. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mmg kelakar, susah2 dorang buat life hacks bideo pakcik ni buat sesaat simple je settle
Vongok btl |
|
|
|
|
|
|
|
Muka & gaya tgn.. hahahhaaa.. perli dia tu berasas.. kkdg dorg yg buat content tu cm bodoh sgt.. demi secebis like bersama tololwers |
|
|
|
|
|
|
| |
|