CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1563|Reply: 4

[Sarawak] Polis Sarawak nafi salah guna kuasa

[Copy link]
Post time 23-5-2021 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Polis Sarawak nafi salah guna kuasa kompaun pemilik dan pekerja kedai makan di Miri

KUCHING: Polis Sarawak menafikan dakwaan salah guna kuasa berhubung kes peniaga dan pekerja sebuah kedai makan di Miri yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata, tindakan diambil adalah berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam berkenaan sebuah premis yang menghidangkan sarapan pagi kepada pelanggan.

Berikutan itu, jelasnya, satu pasukan pemantauan COVID-19 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri telah ke sebuah premis perniagaan pada jam 9.30 pagi di sebuah restoran di Luak Bay, Miri.

"Setiba pasukan pemantau, didapati pekerja premis perniagaan sedang menyediakan makanan untuk pelanggan untuk dihidangkan kepada mereka (dine in).

"Walau bagaimanapun kehadiran pasukan pemantau disedari oleh beberapa pelanggan dan mereka telah bertindak melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Senator Alan Ling pada Sabtu berhubung tindakan ke atas pengusaha dan pekerja kedai makan yang makan di premis adalah pelik dan tidak masuk akal.

Tegas Aidi lagi, polis turut mendapati pemilik premis telah melanggar peraturan serta syarat-syarat yang dikenakan di bawah PKPB.

Malah, tambahnya keadaan kedai didapati disusun atur untuk kemudahan pelanggan duduk menjamu selera manakala pekerja kedai kelihatan sedang mengemas meja makan yang didatangi pelanggan selepas menyedari kehadiran pihak polis.

"Terdapat seorang pelanggan masih duduk dan makan di sebuah meja tidak jauh dari kedai berkenaan tanpa menghiraukan kehadiran pihak polis.

"Beliau enggan memberi kerjasama apabila disoal oleh pasukan pemantau pematuhan SOP COVID-19 dan ekoran daripada itu pasukan pemantau pematuhan SOP COVID-19 telah mengeluarkan kompaun kepadanya.

"Hanya selepas dikompaun, individu ini mengaku sebagai pemilik salah sebuah gerai di dalam kedai makan itu dan tidak berpuas dengan tindakan yang dikenakan," jelasnya.

Menurutnya lagi, tindakan pemilik yang makan di meja berhampiran premis beliau, mengundang pelanggan untuk duduk menjamu selera di premis berkenaan

Dedah beliau, semakan lanjut juga mendapati pemilik tersebut tidak mempunyai lesen dari Majlis Bandaraya Miri dan hanya mempunyai lesen perniagaan sahaja.

"Justeru, merujuk kepada dakwaan yang dikemukakan oleh Senator Alan Ling dan pemilik premis bahawa tiada pelanggan duduk dan makan di dalam kedai tersebut adalah tidak benar kerana ia boleh disemak dari CCTV (kamera litar tertutup) di premis tersebut.

"Sehubungan dengan itu, pemilik premis adalah dipohon untuk mengemukakan salinan CCTV penuh kepada pihak polis untuk membantu siasatan perlanggaran peraturan PKPB Tindakan yang diambil oleh pihak polis adalah berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342] serta peraturan-peraturan yang berkaitan dan tidak timbul isu salah guna kuasa oleh pihak polis kerana tindakan yang diambil adalah berdasarkan undang-undang yang sedia ada," tegasnya.

Dalam pada itu, Aidi memberitahu, pemantauan yang dilakukan oleh pihak polis adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk membendung penularan COVID-19 di Sarawak dan Malaysia khususnya.

Tambahnya, peningkatan kes jangkitan COVID-19 terutamanya di Sarawak amat membimbangkan dan semua pihak diminta untuk mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, Aidi turut mengingatkan kepada semua pihak untuk sentiasa mematuhi SOP yang dikemas kini dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

"Rantaian jangkitan hanya dapat diputuskan dengan kerjasama semua pihak.

"Sikap menunding jari dan menyalahkan pihak lain tidak akan dapat membendung penularan jangkitan, maka sudut pandangan positif amat diperlukan untuk menjayakan rancangan pemulihan dari kerajaan," ujarnya.

Rusnan Mustafa

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2021 05:03 PM | Show all posts
susulan dari berita ni ...

Saman pengusaha, pekerja makan di kedai adalah tidak masuk akal



Alan (tiga kanan) bersama pengusaha kedai makan dan pekerja menunjukkan surat masing-masing.

MIRI: Tindakan mengenakan notis kompaun kepada pengusaha atau pekerja yang makan di premis adalah pelik dan tidak masuk akal.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, tindakan disifatkan sebagai buli dan menyalahgunakan kuasa.

"Sekarang penguasaha makanan dan minuman risau. Mereka takut dengan COVID. Lebih-lebih lagi takut dengan penguatkuasaan yang tidak berperikemanusiaan dan telah menjadi buli.

"Adakah kita menjangkakan mereka sebagai pekerja di kedai perlu makan dan minum di tepi jalan atau bawah pokok," tegas Alan.

Beliau berkata demikian mengulas kes saman terhadap seorang pengusaha gerai makanan dan kakitangan sambilan yang bertugas sebagai juruwang di medan selera di Luak pada kelmarin.

Pemilik dikompaun RM1,500 kerana makan di tempat makan sementara juruwang dikompaun RM5,000 kerana menjual makanan untuk makan di pusat makanan itu.

Menurut Alan, peraturan tersebut sepatutnya dikuatkuasakan kepada pelanggan bukan pengusaha dan pekerja.

"Saya rasa penguatkuasaan masa pandemik ini harus berfokus kepada tujuan memerangi COVID, tujuan   memberi kesedaran tunjuk ajar dan berperikemanusian.

Mengenakan kompaun adalah langkah terakhir untuk mereka yang tidak mendengar nasihat atau melakukan kesalahan berulang, " jelasnya.

Alan yang juga Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pakatan Harapan (PH) Sarawak mahu pegawai penguatkuasa untuk simpati dan empati sebelum mengenakan tindakan selain menitiberatkan integriti.

Tentang kompaun, beliau telah menulis surat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah untuk mengkaji dan menilai kes tersebut.

"Saya telah menulis surat menyeru KKM dan Datuk Uggah supaya memberi arahan tepat dan membatalkan saman," jelasnya.

Menurutnya, empat lagi peniaga tampil menemui beliau hari ini melaporkan kes sama.

Beliau yang juga seorang peguam akan memberi bantuan guaman kepada penduduk untuk menyelesaikan kes di mahkamah.

Mereka boleh menghubungi beliau dan Ketua Pemuda DAP Peter Hee di pejabat DAP Miri.

"Musuh kita adalah COVID-19, bukan rakyat. Rakyat telah bersungguh sungguh mematuhi dan berjuang untuk bertahan berdepan tekanan ekonomi , keluarga dan tekanan dalam kehidupan mereka," jelasnya.


Steve Annuar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 05:05 PM | Show all posts
bila dah ada cerita dari dua2 pihak ...

nampak sangat la penipu nya ...
"Adakah kita menjangkakan mereka sebagai pekerja di kedai perlu makan dan minum di tepi jalan atau bawah pokok," tegas Alan.



Menurut Alan, peraturan tersebut sepatutnya dikuatkuasakan kepada pelanggan bukan pengusaha dan pekerja.




Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 07:19 PM | Show all posts
beza sangat politician melayu dan cina, cina bila kaum dia kena terus turun padang dan take action, politician melayu bila habis perang israel palestin baru keluar gua keluar fatwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 05:43 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-5-2021 07:19 PM
beza sangat politician melayu dan cina, cina bila kaum dia kena terus turun padang dan take action,  ...
bukan takat kes ni jer ...

tu kes bunuh adib tu ... dan banyak lagi contoh


sama juga kes bila baru jer pegang jawatan politik... tu dia juta2 peruntukan untuk sekolah cina


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.069172 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list