CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1383|Reply: 7

[Sarawak] Covid19 23/04/2021

[Copy link]
Post time 23-4-2021 05:59 AM | Show all posts |Read mode


Kes Baharu COVID-19

Hari ini terdapat 474 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Daerah Bintulu (103),

Sibu (84),

Miri (46),

Kuching (35),

Song (35),

Kapit (34),

Mukah (27),

Serian (24), Saratok (13),

Pakan (11),

Tanjung Manis (11),

Kanowit (10),

Sarikei (😎,

Selangau (6),

Bukit Mabong (4),

Sebauh (3),

Betong (3),

Beluru (3),

Samarahan (3),

Bau (2),

Kabong (2),

Meradong (1),

Dalat (1), Julau (1),

Marudi (1),

Limbang (1),

Asajaya (1)

Lundu (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 26,032 kes.

Daripada 474 kes baharu yang dilaporkan, seramai 69 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 396 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
I. 370 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (14 kes bergejala).
II. 50 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
III. 28 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (3 kes bergejala).
IV. 26 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 kes bergejala).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2021 06:05 AM | Show all posts
Hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 146 orang.

i) Kes Kematian Ke-146.
Kes kematian ke-146 melibatkan kes ke-19,684 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 80 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami kesesakan pernafasan.

Saringan ujian swab rT-PCR adalah positif pada 10 April 2021. Kes didapati bergejala batuk beberapa hari yang lepas sebelum mendapat rawatan di hospital. Kes dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya.

Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 21 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit obstruktif paru-paru kronik.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:08 AM | Show all posts
Hari ini terdapat 556 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital dan PKRC di bawah

Hospital Bintulu (116),

Hospital dan PKRC di bawah Hospital Sibu (104),

Hospital Umum Sarawak (97),

Hospital Miri (74), PKRC Mukah (64),

Hospital Sarikei (62), Hospital dan PKRC di bawah Hospital Kapit (18),

PKRC Serian (9),

PKRC Betong

Hospital Sri Aman (4).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 20,197 orang atau 77.59% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,623 orang.

Manakala, 481 PUI baharu telah dilaporkan dan tujuh (7) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:09 AM | Show all posts
Kluster Baharu [Satu (1) Kluster Baharu].

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Icom, Kuching.

I. Kluster Icom, Kuching
Kluster Icom melibatkan peserta yang mendapat jangkitan semasa menghadiri satu perjumpaan makan malam di sebuah restoran di City One dan kemudian ke sebuah Bistro di Jalan Song, Kuching pada 13 April 2021.

Kes ini turut menghadiri satu sesi latihan pada 14 April 2021 bersama beberapa orang penceramah yang datang dari luar Sarawak.

Selepas siasatan lanjut, peserta-peserta yang menghadiri perjumpaan makan malam tersebut didapati bekerja di agensi penasihat pengurusan hartanah yang bertempat di Icom Square, Jalan Pending, Kuching.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-23,951 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 20 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah hospital swasta di Kuching pada 18 April 2021.

E. Kluster Yang Masih Aktif.
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 54 kluster. Sebanyak 11 kluster telah merekodkan 26 penambahan kes baharu manakala 43 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:10 AM | Show all posts
Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.

Hari ini, Daerah Lundu telah bertukar ke status Kuning daripada status Hijau setelah merekodkan satu (1) kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini. Jumlah daerah berstatus Kuning sebanyak 11 daerah.

Daerah Pakan pula telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sebanyak 26 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga meningkat kepada lima (5) daerah.

Daerah Sri Aman telah kembali ke status Jingga daripada status Merah setelah hanya merekodkan sejumlah 35 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah berkurang kepada 21 daerah.

Manakala jumlah daerah berstatus Hijau telah berkurang kepada tiga (3) daerah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:11 AM | Show all posts
KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan berikut:
A. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi:
i. PKPD Kampung Rayang, Serian
ii. PKPD Kampung Sileng Dayak, Lundu
PKPD ini akan berkuatkuasa mulai 23 April 2021 (12.01 pagi) sehingga 06 Mei 2021 (11.59 malam).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2021 06:12 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 07:58 AM | Show all posts
lemau tengok top meletop..
now duk rumah jak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.475656 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list