CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 0

Pakcik mualaf tersenyum ceria, dapat hadiah pakaian baru dari Ustazah Asma

[Copy link]
Post time 23-4-2021 03:31 AM | Show all posts |Read mode
Pakcik mualaf tersenyum ceria, dapat hadiah pakaian baru dari Ustazah Asma

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang membawa beribu barakah. Selain dari memperbanyakkan beribadah, membantu dan menceriakan orang lain turut menjadi salah satu saham di akhirat.

Pastinya banyak pertemuan baharu akan berlaku terutamanya di masjid ataupun lokasi beribadah bagi menunaikan solat terawih bersama-sama secara berjemaah.

Jumpa pakcik mualaf
Menerusi perkongsian Ustazah Asma’ Harun di Facebook miliknya, dia telah menceritakan kisah berjumpa dengan seorang pakcik mualaf yang sangat ramah dan menyenangkan.

Pakcik tersebut bernama Mikhail Fan bin Abdullah berusia 63 tahun dan sudah tiga tahun bergelar saudara sesama Islam.




Hadiahkan baju baru bila lihat pakai baju berlubang


Ustazah Asma’ memberitahu pada malam berkenaan (semalam), pakcik Mikhail telah datang dengan wajah ceria di tempatnya untuk sama-sama berterawih.

Dia memakai baju Melayu berwarna merah jambu yang sudah berlubang kerana sering dipakai. Menurutnya, ini merupakan baju yang dia ada sejak tiga tahun lalu dan sangat suka memakainya.

Jadi, ustazah telah membawanya ke butik pakaian milik mereka untuk menghadiahkan beberapa helai baju buat pakcik Mikhail.







Sama2 kongsi rezeki
Ustazah Asma’ sangat gembira apabila dapat menghadiahkan para asnaf baju baru kerana sering berjumpa dengan mereka yang memakai pakaian lusuh dan rosak.

Jadi, dia sangat gembira apabila hajatnya membina butik pakaian termakbul dan dapat menghadiahkan pakaian buat para asnaf yang hadir ketempatnya.







Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan Facebook pendakwah bebas itu telah dihujani dengan pelbagai maklum balas positif daripada warganet.

Mereka juga sempat mendoakan kesejahteraan Pakcik Mikhail dan turut berharap usaha serta perniagaan Ustazah Asma’ terus berkembang agar dapat terus membantu lebih ramai golongan memerlukan mengukir kembali senyuman di wajah mereka.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.418421 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list