CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 0

[Sabah] Peluang pekerjaan masih banyak di Sabah

[Copy link]
Post time 21-4-2021 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Peluang pekerjaan masih banyak di Sabah




KOTA KINABALU: Sabah masih memiliki banyak peluang pekerjaan yang terbuka untuk semua pencari kerja terutama golongan belia.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, biarpun dalam keadaan pandemik COVID-19, pihaknya yakin masih banyak peluang pekerjaan ditawarkan di negeri ini.
Bagaimanapun katanya, golongan pencari kerja diharap tidak memilih pekerjaan terutama dalam keadaan sekarang.
"Kita sedar kadar pengangguran di Sabah semakin meningkat dan bukan mudah untuk mendapat pekerjaan seperti yang diimpikan.
"Namun, sekiranya ada peluang pekerjaan yang ditawarkan, para pencari kerja perlu merebut peluang yang ada dengan sebaiknya," katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Pelancaran Kerjasama SSTC-ILO-UK menerusi 'Skills For Prosperity Project In Sabah' di sini hari ini.
Kerjasama berkenaan melibatkan Sabah Skills & Technology Centre (SSTC), International Labour Organization (ILO) dan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.
Yakub berkata, pelaksanaan program pencarian pekerjaan antara usaha yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama agensi di negeri ini dalam membantu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Menurutnya, lebih banyak program seumpama itu akan diperluaskan ke seluruh daerah di Sabah pada masa akan datang.
Dalam pada itu, pihaknya memuji usaha yang dilaksanakan oleh tiga organisasi berkenaan yang menjalin kerjasama untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan di negeri ini.
"Kerjasama yang dimeterai ini atas kesedaran dalam keadaan pandemik sekarang, kita perlu mewujudkan teknologi terkini yang boleh membantu rakyat khususnya dalam kalangan B40 di kawasan pedalaman.
"Saya yakin, kerjasama yang diwujudkan ini akan membantu rakyat memperbaiki ekonomi dan menaik taraf kehidupan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi SSTC Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau berkata, projek berkenaan hanya ditawarkan di dua negeri sahaja iaitu Sabah dan Kedah.
Sehubungan itu, pihaknya berharap peluang yang disediakan menerusi projek berkenaan dapat membantu meningkatkan kemahiran hospitaliti sedia ada di Sabah.

kredit : utusanborneo 20/04/2021





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.089025 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list