CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 0

[Sarawak] Dua kluster lagi baharu di Sarawak, lima kluster tamat

[Copy link]
Post time 19-4-2021 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Dua kluster lagi baharu di Sarawak, lima kluster tamat


KUCHING: Dua lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini iaitu Kluster Jalan Bintulu-Sibu di Tatau dan Kluster Tarat Tani di Serian.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan, berkata Kluster Jalan Bintulu-Sibu adalah sebuah kluster institusi yang dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah dan penempatan penduduk di Kilometer 60, Jalan Bintulu-Sibu di dalam daerah Tatau.
Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-18,771 yang melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Tatau pada 6 April 2021 dan disahkan positif COVID-19 pada 10 April 2021.
“Pergerakan kes indeks ini hanya melibatkan sekitar daerah Tatau sebelum mula masuk ke asrama sekolah pada 4 April 2021.
“Kes berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti dan hasil siasatan lanjut serta pengesanan kes secara aktif dalam kalangan kontak keluarga, rakan sekolah dan kontak kasual kepada kes indeks ini, tambahan 10 kes dikesan positif COVID-19,” katanya.
Aktiviti saringan juga dijalankan melibatkan pelajar dan kakitangan sekolah menengah yang terlibat, di mana sejumlah 546 individu disaring di bawah kluster ini dimana 11 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 186 kes didapati negatif saringan pertama dan 349 yang masih menunggu keputusan makmal.
Manakala Kluster Tarat Tani pula merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di kuarters kerajaan di Tarat di daerah Serian.
Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-19,877 yang merupakan seorang wanita tempatan berumur 39 tahun yang dikesan menerusi saringan bergejala di Klinik Kesihatan Tarat pada 9 April 2021 dan didapati positif COVID-19 pada 10 April 2021.
“Kes indeks adalah seorang suri rumah tangga juga telah menjangkiti dua orang anaknya yang merupakan pelajar di SK Tarat, Serian.
“Punca jangkitan masih disiasat dan berkemungkinan telah mendapat jangkitan melalui jangkitan komuniti, yang kemudiannya merebak kepada ahli keluarga dan individu lain di tempat tinggal kuarters kerajaan pejabat kerajaan tersebut, termasuk juga sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di kawasan Tarat,” katanya.
Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dalam kalangan kontak keluarga, rakan sekolah dan kontak kasual kepada kes-kes positif melibatkan kluster ini, sejumlah 21 kes dikesan positif COVID-19.
Sejumlah 320 individu disaring di mana, 21 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 146 kes adalah negatif saringan pertama dan 153 kes masih menunggu keputusan makmal, katanya.
JPBNS turut memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytihar lima kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas iaitu.
Lima kluster yang ditamatkan ialah Kluster Jalan Green di Kuching, Kluster Buluh Pasi di Meradong, Kluster Sena di Miri, Kluster Begalak di Song dan Kluster Sungai Atap di Meradong.
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 46 kluster, dengan 14 kluster merekodkan 59 penambahan kes baharu.

kredit : utusanborneo 18/04/2021



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.360133 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list