CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 907|Reply: 0

[Sarawak] Tindakan lebih tegas terhadap pelanggaran SOP diperketat di Bintulu - Dr Rundi

[Copy link]
Post time 19-4-2021 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan lebih tegas terhadap pelanggaran SOP diperketat di Bintulu - Dr Rundi

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) diperketat terutama di zon kritikal bahagian ini.




Menteri bertanggungjawab JPBB Bintulu Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kadar pematuhan SOP oleh masyarakat di bahagian ini yang dilihat menyukarkan petugas barisan hadapan memutuskan rantaian COVID-19 dan melakukan pemantauan.
"Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), peningkatan kes banyak berlaku di tempat kerja dan juga di sekolah. Peningkatan kes amat membimbangkan seluruh masyarakat di bahagian ini," ujar Menteri Utiliti itu dalam kenyataan media hari ini.
Justeru, beliau menyeru semua warga Bintulu untuk memberikan kerjasama penuh kepada petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dan terus berada di rumah sekiranya tiada keperluan mendesak untuk keluar rumah.
“Jika keadaan ini berterusan dan semakin teruk maka kita (JPBB Bintulu) tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah yang lebih drastik dengan lebih memperketatkan SOP atau PKPB untuk zon-zon yang kritikal di bahagian ini," tegasnya. memperketatkan SOP atau PKPB untuk zon-zon yang kritikal di bahagian ini," tegasnya.


Bintulu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan SOP diperketatkan sehingga 27 April ini, bagi mengekang penularan COVID-19.
Di bawah SOP diperketatkan, perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan kecuali untuk perkhidmatan penting, kecemasan dan transit, yang memerlukan kelulusan dari Pegawai Kesihatan Bintulu dan permit polis, sementara semua acara sosial tidak dibenarkan.
Jumlah penumpang dalam kenderaan peribadi di bahagian Bintulu juga terhad kepada dua orang, manakala kenderaan dari luar Bintulu dibenarkan mengikut kapasiti namun keputusan negatif rt-PCR dan permit polis perlu dikemukakan.
Bagi sektor ekonomi pula, perniagaan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam, sementara farmasi boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, kecuali farmasi dalam pusat beli belah.
Perniagaan berkaitan makanan dan minuman pula hanya dibenarkan untuk khidmat bungkus, penghantaran atau pandu lalu.
Polis turut menambah sekatan jalan raya di empat lagi lokasi iaitu Jalan Sebiew, Jalan Tun Hussein Onn, Jalan Persimpangan Stadium Muhibbah dan Jalan Tanjung Batu, menjadikan jumlah sekatan jalan raya yang didirikan di Bintulu setakat ini, 10.
Pada Sabtu, Bintulu merekodkan 149 kes positif dengan empat kluster aktif iaitu Kluster Jalan Tanjung, Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Kluster Jepak dan Kluster Jalan Sultan Iskandar.      





kredit : utusanborneo 18/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.043554 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list