CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 792|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 18/04/2021

[Copy link]
Post time 19-4-2021 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak rekod 508 kes COVID-19, satu kematian di Sibu





KUCHING: Sarawak terus merekodkan kes harian COVID-19 yang tinggi hari ini iaitu 508 kes dengan satu lagi kematian di Sibu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Bintulu merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 118 kes diikuti Sibu (107), Miri (67), Kuching (44), Selangau (33), Kanowit (25) dan Sarikei (18).
Manakala lain-lain kes dikesan di Subis (17), Kapit (13), Sebauh (11), Belaga (7), Serian (6), Mukah (6), Meradong (6), Song (4), Pakan (3), Kabong (3), Beluru (3), Marudi (2), Sri Aman (2), Julau (2), Samarahan (2), Tatau (2), Bukit Mabong (2) dan masing-masing satu kes di Matu, Pusa, Asajaya, Betong dan Limbang.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 23,940 kes manakala kes kematian meningkat kepada 137 orang.
“Daripada 508 kes yang dilaporkan, 329 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19, 79 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan 56 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia.
“Lagi 39 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan manakala lima kes lagi melibatkan individu yang datang atau balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia,” katanya.


Mengenai kes kematian ke-137, ia melibatkan kes ke -9,509 iaitu lelaki tempatan berumur 58 tahun yang dirujuk ke Hospital Sibu.
“Kes mengalami gejala batuk beberapa hari yang lepas dan ujian rT-PCR COVID-19 adalah positif pada 27 Februari 2021.
“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2021,” katanya menambah kes mempunyai ko-morbid seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, penyakit jantung, penyakit buah pinggang kronik dan gout.
JPBNS turut memaklumkan terdapat 295 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari PKRC di bawah Hospital Bintulu (80), PKRC di bawah Hospital Sibu (72), PKRC di bawah Hospital Miri (47), Hospital Umum Sarawak (42), PKRC di bawah Hospital Kapit (25), Hospital Sarikei (14), Hospital Sri Aman (11), PKRC Betong (3) dan PKRC Serian (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 18,373 orang atau 76.75 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,364 orang.
Manakala seramai 696 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan 59 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

kredit : utusanborneo 18/04/2021





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.455823 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list