CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 815|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk bandar Sibu berisiko tinggi dijangkiti COVID-19

[Copy link]
Post time 19-4-2021 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk bandar Sibu berisiko tinggi dijangkiti COVID-19




SIBU: Penduduk di kawasan bandar ini kini menghadapi risiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, ini dapat dilihat dalam data harian yang menunjukkan bahawa kawasan yang diliputi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mencatat peningkatan kes.
“Daripada 95 kes di daerah Sibu kelmarin, 65 daripadanya dilaporkan di kawasan MPS, 13 lagi dicatatkan di Sibu Jaya dan 17 yang lain dicatatkan di kawasan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS),” katanya yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan semasa Strim Langsung Kemas Kini Kes Harian COVID-19 Bahagian Sibu menerusi laman sosial malam kelmarin.
Beliau menjelaskan bahawa jumlah kes di kawasan MPS pada hari Jumaat adalah 57.
Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu berkata, wabak itu bermula daripada Kluster Pasai yang melibatkan rumah panjang di Pasai Siong mulai 8 Januari tahun ini.

“Ketika kami membuat sekatan pergerakan rumah panjang di sana, terdapat trend menurun dalam jumlah kes yang dilaporkan selama lima atau enam minggu kemudian di situ.
“Namun, penularan di Sibu Jaya pula dikesan tujuh minggu kemudian dan sekatan pergerakan dilaksanakan di situ dan kes mulai berkurang enam minggu selepas itu,” jelasnya.
Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, ketika jangkaan kes akan menurun selepas itu, sebaliknya ia telah meningkat daripada 392 kes menjadi 632 kes.
“Sebilangan besar kes ini berada di kawasan bandar.
“Ini menunjukkan bahawa virus sekarang tertumpu di kawasan bandar,” ujarnya.
Pada 14 April lalu,  JPBB Sibu telah mengenakan sekatan pergerakan khas mulai 16 hingga 26 April di tujuh daripada 34 zon COVID-19 di mana terletaknya kedua-dua Kluster Bulatan Aman dan Kluster Jalan Maju.
“Kami tidak dapat mengenakan sekatan pergerakan (lockdown) di kesemua tujuh zon kerana ia melibatkan kawasan yang sangat luas jika dibandingkan dengan Sibu Jaya.
“Oleh itu, kami mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat,” katanya.
Tujuh zon tersebut adalah Sukun/Lada, Mantis, Poh Yew, Bukit Lima, Tong Sang, Pusat Bandar Sibu dan Tiong Hua.
Di bawah sekatan SOP, jumlah orang di dalam kereta akan terhad kepada tiga orang sahaja pada satu-satu masa.
Selain itu, aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan, sementara aktiviti keagamaan tertakluk kepada prosedur operasi standard yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri dan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR).
Selain itu, kedai makanan seperti kedai kopi, kafe dan restoran hanya dibenarkan menjalankan perkhidmatan bawa pulang dan tidak dibenarkan makan dalam premis.
Pasar Sental Sibu pula akan ditutup dan semua perkhidmatan penting akan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam dengan hanya 50 peratus pekerja dibenarkan setelah mendapat kelulusan polis, sementara semua sektor lain tidak akan dibenarkan beroperasi.
Pusat urut, spa, pub, pusat hiburan dan karaoke serta pusat refleksologi juga tidak dibenarkan beroperasi.

kredit : utusanborneo 19/4/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.532584 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list