CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1508|Reply: 0

Adam masih ada misi belum selesai

[Copy link]
Post time 18-4-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode


ADAM perlu menampilkan prestasi cemerlang pada kejuaraan CEV Eropah agar mampu memikat hati Razlan untuk membawanya ke pentas MotoGP.

Adam masih ada misi belum selesai

PELUMBA berbakat negara, Adam Norrodin mengakui semangatnya membara untuk memburu podium menjelang Kejuaraan Motosikal CEV Moto2 Sepanyol yang membuka tirai 25 April ini selepas menjalani latihan selama sebulan di Eropah.

Adam yang kekal beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team tahun ini meletakkan sasaran penamat ketiga keseluruhan dan mahu memburu podium sebanyak mungkin.

Adam perlu mempamerkan aksi terbaiknya untuk memikat hati prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali untuk membawa-nya semula ke pentas MotoGP.

Razlan sebelum ini berjanji dua pelumba negara berpeluang mengisi slot pada MotoGP jika merekodkan keputusan cemerlang pada CEV Eropah 2021.

“Segala latihan saya di Sepanyol berjalan lancar dan saya akui tidak sabar memulakan perlumbaan. Minggu ini merupakan persiapan terakhir saya dengan pasukan sebelum bermulanya misi untuk memburu podium.

“Seperti dikatakan sebelum ini, sasaran saya adalah mahu berada di tempat ketiga terbaik dan mahu meraih podium sebanyak mungkin. Kalau boleh saya mahu memberi tentangan kelompok hadapan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada tahun pertamanya pada saingan CEV Moto2, Adam menamatkan kempen 2019 di tempat ke-15 ke-seluruhan de-ngan 35 mata. Tahun lalu, Adam pamer peningkatan apabila mengumpul 79 mata untuk berada di tangga ketujuh keseluruhan.

Ditanya me-ngenai cabaran -beraksi ketika bulan ramadan, Adam mengakui ia sama sekali tidak menjadi penghalang buatnya menjalani latihan di bumi Eropah.

“Saya puasa di sini lebih 15 jam dan bagi saya tiada masalah. Saya sudah biasa malah turut menjalani latihan seperti biasa. Sewaktu beraksi dalam saingan MotoGP, saya pernah me-ngalami ke-a-daan se-perti ini dan saya tidak kekok untuk menjalani ibadah puasa di Sepanyol,” ujar Adam.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.054185 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list