Edited by Vellfire at 19-4-2021 04:55 AM
Penutupan sekolah diketahui selewatnya Isnin ini
Uggah pada sidang media harian COVID-19.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan telah mengemukakan senarai nama sekolah dan pelajar yang dijangkiti COVID-19 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, malah pihaknya juga telah mengemukakan cadangan penutupan sekolah kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
“Kita sekarang sedang menunggu laporan daripada pihak JPN.
“Mungkin esok atau selewat-lewatnya Isnin ini kita akan mendapat jawapan berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini. Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menegaskan bukan semua sekolah di seluruh Sarawak ditutup.
Ia katanya, adalah bergantung kepada jumlah jangkitan COVID-19 dan kita masih menyasarkan kepada beberapa tempat sahaja. “Tempat-tempat lain yang statusnya kuning dan hijau operasi sekolah bersemuka patut terus berjalan,” ujarnya. Semalam, satu kluster dilaporkan melibatkan sekolah melalui seorang guru iaitu kluster Jalan Disa Sibu.
Kluster Jalan Disa, Sibu adalah sebuah kluster komuniti yang telah dikesan melibatkan sebuah sekolah rendah agama di Jalan Disa, Sibu.
“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 21,347 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 28 yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Lanang pada 13 April lalu dan telah disahkan positif COVID-19,” ujarnya.
Menurutnya Uggah , indeks kes ini merupakan seorang guru di sekolah rendah tersebut telah mengalami gejala pada 9 April 2021. “Kes pernah melakukan pergerakan rentas zon ke Daerah Kabong, Betong pada 31 Mac hingga 4 April 2021 yang lepas semasa cuti sekolah.
kredit : utusanborneo 17/04/2021
|