CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 891|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 17/04/2021

[Copy link]
Post time 17-4-2021 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak rekod 512 kes COVID, satu kematian
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]Uggah pada sidang media harian COVID-19.
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]

KUCHING: Sarawak merekodkan 512 kes jangkitan harian COVID-19 hari ini menurun berbanding 960 kes semalam dengan satu kematian di Miri.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media hari ini berkata Bintulu merekodkan kes harian tertinggi iaitu 149 kes diikuti Selangau (105), Sibu (95) dan Kuching (37).
Manakala lain-lain kes dikesan di Miri (22), Mukah (17), Samarahan (15), Song (12), Kapit (12), Serian (9), Matu (9), Asajaya (6), Betong (5), Tatau (5), Bukit Mabong (3), Meradong (2), Kanowit (2), Saratok (2), Subis, Beluru, Kabong, Belaga dan Marudi masing-masing satu kes.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 23,432 kes manakala jumlah kematian meningkat kepada 136 orang.
“Daripada 512 kes yang dilaporkan, 254 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif manakala 167 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.
“Manakala 66 kes lagi merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan 25 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan,” katanya.
Mengenai kes kematian ke-136 hari ini, ia melibatkan perempuan tempatan berumur 67 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Miri.
Saringan ujian rt-PCR dibuat pada 13 April 2021 dan dikesan positif pada hari yang sama. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2021, katanya.
JPBNS turut memaklumkan terdapat 410 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan disaj dari
Hospital Umum Sarawak (132), PKRC Hospital Bintulu(63), Hospital Sarikei (59), PKRC Hospital Sibu (55), PKRC Hospital Miri (39), PKRC Mukah (32), PKRC Kapit (18), Hospital Sri Aman (4), Hospital Limbang (3), PKRC Penjara Sri Aman (3), PKRC Serian (1) dan PKRC Betong (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 18,077 orang.
Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 5,151 orang.
Mengenai kes orang disyaki (PUI), hari ini terdapat 512 PUI baru dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

kredit : utusanborneo 17/04/2021





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.493744 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list