CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 786|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 14/04/2021

[Copy link]
Post time 15-4-2021 09:02 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Sarawak catat 489 kes baharu dengan lima kematian KUCHING: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak menurun kepada 489 kes hari ini, berbanding 607 kes semalam, menjadikan angka keseluruhan meningkat kepada 21,448 kes.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 99 kes diikuti, Sri Aman (76), Sibu (75), Miri (50) dan Bintulu (48).
Manakala lain-lain kes dikesan di Beluru (32), Samarahan (25), Sarikei (17), Kapit (9), Mukah (9), Belaga (8), Meradong (8), Serian (7), Saratok (6), Subis (5), Marudi (5), Bau (3), Julau (2), Matu (2), Lubok Antu (1), Pakan (1), dan Kabong (1).

“Dua punca utama peningkatan kes yang dilaporkan hari ini adalah dari Kluster Tembok Sri Aman dan Kluster Jalan Puncak Borneo.

“Seramai 47 kes positif melibatkan Kluster Jalan Puncak Borneo. Kesemua mereka adalah kontak rapat yang dikuarantin dan tidak ada bukti penyebaran kepada masyarakat setempat.

“Manakala Kluster Tembok Sri Aman melaporkan seramai 76 kes positif baru. Ini adalah sampel kedua yang diambil pada hari ke-10.
“Kluster ini terkawal di dalam penjara dan semua langkah diperlukan telah diambil untuk mencegah penyebaran kepada masyarakat setempat,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan terdapat lima kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada 133 orang.

Kes kematian ke-129 melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun yang dirujuk ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala batuk dan memerlukan bantuan pernafasan.

Saringan ujian rt-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 5 April 2021 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2021.
Manakala kes ke-130 melibatkan wanita tempatan berumur 77 tahun yang dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dari sebuah pusat kuarantin kerana mengalami gejala demam sepanjang tempoh pemantauan.
Saringan ujian rt-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April, katanya sambil menambah kes ini daripada Kluster Kampung Baru Hilir.

Kes kematian ke-131 pula melibatkan wanita tempatan berumur 77 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala demam, selsema dan sakit tekak.

Kes turut memerlukan bantuan pernafasan dan dirujuk ke Hospital Sibu bagi rawatan lanjut.
Saringan ujian rt-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 sebelum disahkan meninggal dunia pada 13 April 2021.
Dua lagi kes kematian iaitu kes ke-132 dan kes ke-133 masing-masing melibatkan lelaki tempatan berumur 78 dan 59 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Bintulu.

“Kes ke-132 disahkan meninggal dunia pada 13 April 2021 di hospital manakala kes ke-133 disahkan meninggal pada 14 April,” katanya menambah kedua-dua kes mempunyai ko-morbid penyakit lain.
JPBNS turut memaklumkan terdapat 240 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari PKRC di bawah Hospital Sibu (52), PKRC di bawah Hospital Miri (49), Hospital Umum Sarawak (42), PKRC di bawah Hospital Sarikei (35), Hospital Bintulu (31), Hospital Sri Aman (11), PKRC di bawah Hospital Kapit (7), PKRC Mukah (7), PKRC Penjara Sri Aman (4), PKRC Serian (1), dan PKRC Betong (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 16,879 orang.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 4,373 orang.
Manakala, 513 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan 14 PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.
kredit : utusanborneo 14/04/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.431153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list