CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6341|Reply: 13

[Perlis] Mai Tengok Awan Karpet Di Wang Kelian, Perlis

[Copy link]
Post time 16-3-2021 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Mai Tengok Awan Karpet Di Wang Kelian, Perlis

Memandangkan Perlis kini negeri yang berstatus PKPP, korang yang turut berada di dalam negeri PKPP dah boleh rancang pelancongan ke Perlis dan datang tengok fenomena awan karpet dekat sini.


Selalunya pelancong hanya menjadikan Perlis sebagai negeri transit untuk mereka ke Pulau Langkawi atau Thailand tapi sekarang korang kena berhenti lama sedikit di Perlis untuk melihat fenomena yang sangat cantik ini.



Fenomena awan karpet ini boleh dilihat pada waktu pagi dari View Point Wang Kelian yang terletak di ketinggian 303 meter dari aras laut. Lokasi View Point Wang Kelian ini terletak 30 minit dari Kangar, dan 20 minit dari Padang Besar.


Selain daripada pelancong, mereka yang bersenam seperti berbasikal, ataupun jogging turut pergi ke View Point tersebut untuk melihat gumpalan awan yang terbentang luas macam karpet yang mengelilingi dua puncak Bukit Chabang.

Gumpalan corak awan terbentang juga dapat dilihat sehingga Empangan Timah Tasoh yang terletak 16.2 kilometer dari kawasan itu.




Antara faktor pembentukan awan karpet disini adalah kerana langit negeri Perlis tidak dicucuk pencakar langit yang mengurangkan pencemaran udara, memudahkan pembentukan awan karpet.



Kalau korang nak datang ke negeri Perlis untuk melihat awan karpet ini, korang boleh ke lokasi-lokasi yang menarik di Perlis ini:



Muzium Kota Kayang, Hutan Lipur Bukit Kubu, Kampung Pulau Ketam, Trek Kurong Tengar, Masjid Terapung al-Hussein Kuala Perlis, Warung Tepi Sawah, Tasik Melati, dan Empangan Timah Tasoh.

Sumber: Berita Harian

Kredit gambar: Instagram vedderved

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lame dah tak pegi wang kelian sejak kedai2 kat situ dah tutup. Dulu setiap mggu pegi jalan2 kat situ. Sekarang ni nak jalan2 kat situ bukan ade ape pon. Macam dah jadi pekan mati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:39 PM | Show all posts
Masha Allah
tak macam kat perlis pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
siputpepel replied at 17-3-2021 04:39 PM
Masha Allah
tak macam kat perlis pun kan

Aku yang kerap dok pi perlis pun tak penah lagi jejak kaki tang situ huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
iols suka pi perlis walaupun org kata xde apa..jalan xsesak sangat dan yg penting makan murah2 bakhang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 09:40 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 19-3-2021 07:05 PM
Aku yang kerap dok pi perlis pun tak penah lagi jejak kaki tang situ huhu

pernah jejak wang kelian masa kecik2 dulu. sekali tu jela.
masa study dulu paling jauh pergi pun Guar perahu, padang besar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2021 12:18 PM | Show all posts
rindunyaaaa nak balik perlih...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
fido_dido replied at 19-3-2021 08:35 PM
iols suka pi perlis walaupun org kata xde apa..jalan xsesak sangat dan yg penting makan murah2 bakha ...

Betui. Aku pun suka suasana kat perlis tu aman damai ja. Makan pun murah2. Walaupun aku menetap di kedah tapi ic aku orang perlis tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
siputpepel replied at 19-3-2021 09:40 PM
pernah jejak wang kelian masa kecik2 dulu. sekali tu jela.
masa study dulu paling jauh pergi pun  ...

Hg orang perlis ka? Dulu study mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu nak makan dekat restoran anjung keli dan kuey teow sup thai dekat pasar malam..sedapnyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 20-3-2021 04:31 PM
Betui. Aku pun suka suasana kat perlis tu aman damai ja. Makan pun murah2. Walaupun aku menetap di ...

haah..bawak kete pon rilek je takde hon sana sini...btw, shaved ice mangga dekat tepi uitm arau tu best
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
malam2 pegi makan lokcing dekat dengan pantai..nanti nak pegi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mashaallah cantiknyA
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:55 AM | Show all posts
Wahhh..cantiknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.065080 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list