View: 4065|Reply: 6
|
Kisah Benar Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tidak Boleh Keluar, Rupanya Tuan Ruma
[Copy link]
|
|
Kisah Benar Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tidak Boleh Keluar, Rupanya Tuan Rumah Amalkan Surah Ini
Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja shif(perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit genting.Tapi kami tinggal di Batang Kali.Setiap hari kami berulang.30-35 minit setiap hari..Cara bekerja di Genting ni lain.Kami bekerja 3 minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus.Tiap bulan begitu.
Saya,suami dan anak2 memang dah biasa rutin kami memang begitu.3 minggu bekerja dan 1minggu cuti.Selalu nya cuti seminggu tu kami akan tinggalkan rumah.Pergi bercuti.Sebab tak ada banyak masa dengan anak2.Time cuti saja lah boleh nak spend time.
Ceritanya begini,rumah kami memang ada cctv,suami pasang sebab kami bekerja shif dan selalu tinggal rumah lama2 hampir setiap bulan untuk bercuti.Nak dijadikan cerita.satu hari lepas kami balik bercuti,saya bukak saja pintu rumah saya nampak ada lelaki dalam rumah saya.Keadaan dia tak bermaya.Boleh dikatakan separuh sedar.
Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak2,dan saya nak telefon polis.Tapi suami cakap tak perlu telefon lagi.Biar dia jumpa lelaki tu dulu..Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.
Suami saya bagi air,lepastu bagi pulak makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu.Lepas dia selesai makan,suami mula menyoal.Buat apa di rumah kami?? Dia kata dia memang mark rumah kami.Tiap bulan mesti akan kosong lama.So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak..Ye rompak.
Menggigil tangan saya admin nak telefon polis.Suami tak izinkan.
Suami saya tanya apa yang terjadi?Kenapa tak rompak?Kenapa masih di dalam rumah?Kenapa lemah tak bermaya?Lelaki tu kata dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung.Dia cari jalan nak keluar tak jumpa2.Dah 3 hari dia dalam rumah saya.Tak jumpa jalan keluar.Kaki tangan macam dipasung langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum,
Suami saya kata niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan.Suami saya kata dia pernah terbaca.Kalau kita nampak seseorang tu susah,dilanda musibah,sebenarnya Allah tu bukan saja sedang uji dia,tapi sedang uji kita juga.Bagaimana kita tangani perkara tu.Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa2 barang pun lagi.
Selesai semuanya,suami saya bukak cerita.Dengan wajah gembira dia kata malam ni dia nampak kuasa Allah.Dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah,bacalah satu ayat dari surah Yasin(ayat 9)
Bukan saja nak keluar rumah,tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya.Anak2 pun suami saya ajar doa ni..
Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi..Disini saya kongsikan sekali ayatnya..Semoga bermanfaat.
Semoga diri kita dan orang2 kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada..
Aamiin..
|
|
|
|
|
|
|
|
Urmmmmm...tp kan,kalau lepaskn mcm tu,dia betul2 insaf ke? takut nti g merompak rumah org lain plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kita doakan agar pengalaman perompak tu benar2 menginsafkan diri dia & taubat dia nak buat lagi
teruk kot.. pusing2 dlm rumah tak jumpa jalan keluar & tak makan minum 3 hari
cam org biul jadinya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kertasputih at 16-7-2021 10:29 AM
pengalaman sy kena curi handpone,
2 biji, sy punya dan isteri sy punya
last sekali dpt tau sape buat
anak jiran sebelah!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 24-7-2021 12:01 PM
Oic, bahagian dari surah Yassin. |
|
|
|
|
|
|
|
insyaAllah. sama2 amal. selebihnya tawakkal kpd Dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|