CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1961|Reply: 0

[PULAU PINANG] Guna Laluan Alternatif Elak Kesesakan Jambatan Pulau Pinang, Kata

[Copy link]
Post time 24-2-2021 09:42 AM | Show all posts |Read mode


MalaysiaNow

Pihak pengurusan Jambatan Pulau Pinang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi saranan agar pengguna menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang akibat penutupan lorong disebabkan kebakaran kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlaku pada pada kilometer 3.2 jambatan pada pukul 7.30 malam semalam.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sewaktu kejadian tersebut berlaku dan PLUS bersama TNB dan Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM)  termasuk polis akan melakukan siasatan.

“Lorong kanan di kedua-dua arah lokasi kebakaran tersebut kini ditutup selama beberapa hari untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

“PLUS menjamin keseluruhan struktur jambatan masih kukuh dan selamat digunakan oleh ramai ekoran kejadian kebakaran yang berlaku semalam.”

Dilaporkan selepas kebakaran yang berlaku semalam, kejadian sama berulang lagi apabila JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 pagi tadi.

Pasukan anggota dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Perai, Bandar Perda dengan bantuan BBP Paya Terubong ke lokasi bagi memadam kebakaran manakala tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu PLUS akan mengemaskini keadaan trafik dari semasa ke semasa menerusi laman media sosial rasmi mereka selain menyarankan pengguna memuat turun aplikasi PLUS bagi maklumat lanjut.

Kejadian kebakaran kabel elektrik itu bukan pertama kali berlaku kerana pada September 2010, insiden sama terjadi apabila tiga kabel kuasa tinggi terbakar di Jambatan Pulau Pinang sehingga mengakibatkan gangguan elektrik di kawasan pulau terutamanya di Bayan Lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.431609 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list