CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1904|Reply: 3

Sokong hobi suami, isteri hadiahkan kereta idaman seperti dalam ‘game’

[Copy link]
Post time 19-2-2021 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Sokong hobi suami, isteri hadiahkan kereta idaman seperti dalam ‘game’

Kebanyakan lelaki memang meminati ‘game’. Tidak mengira status atau umur, masih bujang mahupun sudah berkahwin, bermain ‘game’ dikira sebagai satu hobi biasa dimana isteri sudah lali dan terpaksa menerima sekiranya mendapat pasangan ‘kaki game’.

Begitulah seperti yang dikongsi oleh seorang usahawan bernama Erni Bougas dimana dia turut menghadapi situasi yang sama apabila mendedahkan bahawa suaminya sangat suka bermain ‘game’.

Dia memuat naik kisahnya itu menerusi sebuah video di aplikasi TikTok miliknya, @ernibougass baru-baru ini.




“My husband memang suka sangat main game, setiap kali balik kerja memang ni lah kerja dia. Dan dia sangat obses dengan kereta dalam game ni.” luahnya.
Menurut Erni, setiap kali pulang dari kerja, suaminya itu sudah tentu akan bermain ‘game’. Bahkan, dia turut mendedahkan suaminya itu menyukai sebuah kereta dalam ‘game’ berkenaan.

Bukan itu sahaja, suaminya juga sudah banyak kali meminta mahu beli kereta itu tetapi tidak diendahkan olehnya. Namun, tindakan Erni di pengakhiran video tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet.

Terima kasih untuk segalanya sayang!

Video : https://ohmymedia.cc/sokong-hobi ... seperti-dalam-game/

Jelasnya, perkara itu dilakukan sebagai penghargaan di atas sokongan yang diberikan suami terhadapnya selama ini, jadi dia menunaikan impian suami tercinta untuk memiliki kereta idamannya seperti dalam ‘game’ tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian itu dimana rata-rata turut teruja melihat tindakan wanita tersebut dalam menghargai pasangan.

Setiap lelaki memerlukan seorang isteri sebegini










Difahamkan, wanita itu merupakan pengasas produk kecantikan tempatan. Ternyata, ramai yang memuji usahawan tersebut kerana memilih untuk memahami dan menyokong minat suaminya.

Sumber: TikTok Erni Bougas


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
""Difahamkan, wanita itu merupakan pengasas produk kecantikan tempatan. ""

Ntah ceruk mana dtg lakibini nih..ni cubaan nak naikkan produk sendu ke?y beli produk dia nih,bangga x kebodohan anda dimanipulasi oleh dorg?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Owhhu founder..ptutla
Set2 diorg ni suka kan lagu Hindustan...suka naw2 buat video guna lagu Hindustan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 11:22 AM | Show all posts
Kowser melayan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.086175 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list