Ini macam pun ada, Suami balut kasut isteri dengan plastik
Hubungan sebagai pasangan suami isteri pasti melalui pelbagai cabaran dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Malah, memiliki suami yang memahami dan menyayangi isteri sepenuh hati juga merupakan satu rezeki kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Putri Harissa dimana dia bersyukur memiliki suami yang sangat menghargai penat lelah sebagai seorang isteri.
Video yang menerima lebih 100,000 tontonan itu memaparkan si suami sanggup pergi ke kedai runcit berdekatan untuk mengambil plastik sebelum membalut kasut yang dipakai isterinya agar tidak terkena air hujan.
Menerusi video itu lagi, dapat dilihat suami wanita tersebut bekerja sebagai ‘rider’ penghantar makanan demi mencari wang untuk terus menyara keluarga tercinta.
“Ya Allah murahkan rezeki kami sekeluarga, lindungi suamiku dari segala bahaya. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke Jannah. Amin,” tulisnya.
Menjengah ke rungan komen, rata-rata netizen teruja melihat sikap tulus suaminya selain turut mendoakan agar dikurniakan rezeki yang berpanjangan.
Rezeki dapat suami yang penyayang
Tersentuh hati melihatnya! Semoga dilimpahkan rezeki dan kasih sayang yang berpanjangan. Bila sentiasa bersyukur dengan kehidupan sederhana, inshaallah rumah tangga kekal bahagia.