CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2247|Reply: 6

Sebak kemas rumah sewa, terkenang isteri ‘pergi’ 4 bulan lepas

[Copy link]
Post time 18-2-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 18-2-2021 08:14 PM

sebak kemas rumah sewa, terkenang isteri ‘pergi’ 4 bulan lepas

Siapa yang tidak sedih apabila mengenangkan  insan tersayang yang telah tiada setiap kali memandang sesuatu yang boleh mengingatkan kita kepada dia.

Menangis kenang isteri tersayang
Dalam satu muat naik yang dibuat oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Syed Mohd Izzuddin, dia telah berkongsi momen menyedihkan apabila kembali ke rumah sewanya yang didiami dengan isteri tercinta sebelum wanita itu meninggal dunia.

pada awalnya, Syed cuma bercerita dan menunjukkan kawasan rumah sewa itu sebelum memulangkan kunci kepada tuan rumah. Namun, setelah memasuki bilik tidur dia dan Allahyarham isteri, tiba-tiba sahaja dia berasa sebak dan menitiskan air mata.


Rindu isteri yang telah pergi 4 bulan lalu


Menerusi perkongsian-perkongsiannya yang terdahulu, isterinya yang dinikahi pada April 2020 baru sahaja empat bulan meninggal dunia setelah terkena serangan jantung.

Dia yang bekerja sebagai pembancuh air pada siang hari dan pengawal keselamatan pada waktu malam mengakui begitu merindui sosok isterinya yang sudah pergi selamanya.


Faham perasaan kehilangan tu


Posting yang dimuat naik tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan di Tiktok. Rata-rata mereka memahami apa yang dirasakan oleh Syed dan mendoakan agar lelaki itu terus tabah dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 07:39 AM | Show all posts
sedihnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 09:05 AM | Show all posts
sebaknya...  semoga Allah swt tambahkan lagi kekuatan hati dan semangat ko dek...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlok jgk
X lm sok ada lh tu pengganti


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bapak baru meninggal tu bleh plak tengok tiktok. Aku bapak meninggal berhari-hari gak aku takde selera makan
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah wainnailahirojiun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok lusa kahwin lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.220149 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list