View: 6211|Reply: 3
|
[Buku]
Novel INTERLOK Sudah Berusia 50 Tahun
[Copy link]
|
|
Selain Dewan Sastera meraikan Jubli Emas, sebuah novel besar nukilan Sasterawan Negara Abdullah Hussain telah lahir pada tahun 1971, terbitan DBP - Interlok.
Novel ini terbit setelah memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel 10 Tahun Merdeka DBP. Dipecahkan dalam empat bahagian, tiga keluarga dari latar riwayat dan sosiobudaya yang berbeza, mewakili ras Melayu, Cina dan India akan bertemu dan menjalinkan perhubungan erat (hatta, “interlok”, yakni istilah Inggeris, “interlock” - terikat atau terlibat antara satu sama lain) sebagai sebuah “keluarga baharu”, sama-sama menatap suria baharu kemerdekaan dan harapan yang dibawa dengan kemerdekaan.
Idea jelas Abdullah Hussain ialah penjalinan perbezaan cerita (dan latar sejarah, asal usul) mampu menghasilkan muhibah dan kebersamaan, suatu cita-cita ideal yang tinggi bagi sebuah bangsa Malaya (Malaysia) yang baru meniti kebebasan yang unggul. Ideal murni ini tidaklah tanpa tentangan apabila berlaku “kontroversi Interlok” sekitar tahun 2011 apabila buku ini dipilih sebagai novel KOMSAS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Novel ini tetap besar dan dipuji pada tempatnya. Pengarangnya sendiri, Abdullah Hussain diangkat sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-8 (1996). Novel ini juga sudah beberapa kali dicetak dan diterjemahkan. Novel ini turut terpilih sebagai antara novel penting dalam senarai Siri Novel Malaysia Pilihan Abad 20.
Kredit : Dewan Sastera
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kaka dulu suka baca novel william shakespear dan william shakespapaya |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi kee juall...i tgh pening mana novel salina i..huwaaa |
|
|
|
|
|
|
|
cuba tengok kat The Bibliophile Official Bookstore Shopee
ada jual novel Salina
harga RM 45
paperback
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|