CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1578|Reply: 6

Gadis cari rezeki berpanas jual air kelapa pun nak sedih

[Copy link]
Post time 16-2-2021 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Gadis cari rezeki berpanas jual air kelapa


Video : https://ohmymedia.cc/best-tengok ... as-jual-air-kelapa/


Kegigihan dan kesusahan dalam mencari wang demi kelangsungan hidup pasti akan dirasai oleh segelintir insan tidak kira usia mahupun jantina.
Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok mengenai perkongsian seorang gadis bernama Shaza yang memaparkan dirinya gigih mencari rezeki dalam keadaan cuaca panas terik.
Demi sesuap nasi walaupun panas
Menerusi video berdurasi 20 saat itu, gadis tersebut sedang menjual air kelapa di sebuah pinggir jalan yang terletak di Alor Setar, Kedah.
Meskipun bergelar seorang wanita, ia tidak menghalang Shaza untuk melakukan kerja yang sinonim dengan kaum adam iaitu membelah buah kelapa.
Dia juga membuat luahan perasaan dan mengakui agak cemburu melihat orang lain yang tidak perlu bekerja di tengah panas seperti dirinya.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dijadikan alasan untuk harus berputus asa dan tetap terus tersenyum.
“Seronoknya tengok orang lain duduk rumah mesti sejuk kan? Demi sesuap nasi aku sanggup kerja walaupun panas,” tulisnya.
Perkongsian sebak daripada Shaza itu dibanjiri komen daripada warganet yang memuji kerajinan dan kekuatan dimilikinya selain turut mendoakan agar dikurniakan rezeki yang berpanjangan.
Bagus rajin kerja, ‘stay strong’!



Semoga dimurahkan rezeki



Jaga elok2 ya siapa jodoh dia ni



Susah sekarang akan diberi kesenangan



Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Percayalah jika sekarang Allah memberi hujan, pasti nanti akan diganti dengan pelangi indah. Amin!
Sumber: TikTok @szrise

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang sedih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 10:58 AM | Show all posts
wow!!! zaman sekarang ni kalau jual air kelapa tepi jalan dah kira mcm satu achievement ya? kira maximum struggle lah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:30 PM | Show all posts
Apa nak peliknya dah ramai je buat macam tu sekarang ni.  Kalau kat Lembah Kelang ni kemah berderet2 dah macam pasar malam tiap2 hari ala macam cendawan lepas hujan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:36 PM | Show all posts
komen bdk2 skang cam entah ape ntah

sapa cikgu bdk2 ni?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:55 PM | Show all posts
Jual air kelapa siap ada muzik sedih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2021 02:26 PM | Show all posts
air kelapa la untung paling banyak, beli kat petani sebiji baru 60sen jual balik  rm5 segelas pun org sanggup beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047428 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list