View: 3226|Reply: 12
|
Cubaan scam Uncle Kentang gagal
[Copy link]
|
|
Kuan Chee Heng
CUBAAN SCAM KITA SEMALAM.
Semalam ada 3 cubaan scam. Kes satu kata dah mati dan perlu duit untuk kebumi. I kata jangan risau. Tunjuk body dan surat mati... kita bisa uruskan PERCUMA. Tak call back. Surat mati dan body pun tak ada.
Kes Kedua. Nak bersalin dan sakit perut dan suara menangis dan mengerang. Perempuan. I kata kau pi saja hospital bilang kau nak bersalin. Doktor mesti masukkan kau. Tak payah bayar deposit. Pi duduk dekat wad bersalin. Siapa doktor halau ambil handphone ambil gambar doktor, kita kasi satu dunia tahu. Hampa, aku tunggu hingga kini... tak juga keluar anak beliau. I bilang kau bersalin dulu bil hospital kita nego. Tiada ada hospital yang akan usir wanita yang sedang nak bersalin.
Aku otai. Hari ini hari lahir aku. Umur sudah 58 tahun. Duit tak banyak mana. Pengalaman melayan orang ada cikit ler. Kalau nak menipu... jangan buang masa. Hati aku Ngang. Tak tergoyang bila dengar orang atau baby nangis.
Kes ketiga. Suara budak call saya. Kata dia 8 tahun. Mak sakit. Tiba tiba aku suruh buat video call nak tengok muka mak. Tapi tak bagi. Lepas itu terdengar ada suara wanita di belakang suara anak kecil itu mengajar dia bercakap dengan saya. Pi mampus lagi baik. Scammer lagi.
Adui... nak layan depa ini sungguh buang masa. Kita cari yang susah betul. Jangan buang masa kita. Tolong yer. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Uncle kentang mmg bagus buat due diligence semua bantuan yg org mintak so that tak terbantu org yg salah or bermasalah. Aku suka cara dia |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kan dah lama tolong orang dalam kesusahan, pasti dia ada banyak pengalaman macam mana nak bezakan yang mana betul2 memerlukan pertolongan dan yang mana pura2 minta tolong untuk kesenangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok tengok uncle kentang bleter. Macam mak mak. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi je la singgit
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
kat atas ni kedekut bagi seringgit, patut bagi 20sen je. |
|
|
|
|
|
|
|
yg citer ketiga tu terpaling hampeh. ajar anak2 utk menipu. ee! |
|
|
|
|
|
|
|
selain Uncle Kentang
Syed Azmi pun berhati2 kalau ada org minta bantuan
ada jugak NGO mcm ni
check, siasat dulu
double confirm dgn agensi tempatan termasuk pusat zakat
baru mereka turun padang
so tak jadi la tersalah org yg sepatutnya dpt
kes viral tak semestinya betul |
|
|
|
|
|
|
|
Uel bila la pulak nk siasat dulu sblm bagi |
|
|
|
|
|
|
|
Uncle Kentang beri amaran penipuan di media sosial
Diterbitkan 16 Feb 2021, 5:00 pm
Aktivis masyarakat yang juga Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng memberi amaran kepada warga maya supaya tidak menjadi mangsa penipuan kepada kenalan baru menerusi media sosial.
Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata bahawa dia menerima banyak aduan mengenai kes penipuan.
"Jangan terperangkap, tolong... saya terima banyak aduan mengenai kes penipuan di internet. Tolong jangan jadi mangsa," katanya dalam satu hantaran Facebook sempena hari jadinya hari ini.
Dia turut berkongsi pengalaman pahit seorang pegawai akaun berusia 23 tahun yang menjadi mangsa penipuan.
Menurutnya, lelaki itu berasal dari Puchong mengenali seorang perempuan berusia 22 tahun melalui Facebook.
"Satu malam, perempuan ini menelefon lelaki itu. Katanya, gaduh dengan emak. Pergi tidur hotel bersendirian di Seri Petaling.
"Mengajak lelaki ini datang. Katanya, dia berasa sunyi dan ingin mengadakan hubungan seks dengannya. Minta, siap beli kondom di 7-Eleven.
"Lepas itu, perempuan telefon lagi. Suruh lelaki itu menghantar gambar bogel kerana takut ada penyakit. Maka, lelaki itu hantar gambar tanpa pakaian.
"Namun, setelah sampai ke hotel, lelaki itu mendapati bahawa dirinya ditipu selepas mendapati nombor bilik yang diberitahunya tidak ada.
"Menelefon semula perempuan itu, dia kena ugut RM3,000 untuk tidak siarkan gambar.
"Takut kerana malu., lelaki tersebut telah masukkan RM3,000.... esok minta lagi RM,4000 tapi lelaki itu bagi RM2,000 dan kes sampai ke saya kerana lelaki itu malu dan takut ibu bapa akan mengetahuinya.
"Aku kata kepada lelaki itu supaya tidak perlu layan dia lagi. Scammer tak akan siarkan gambar kau. Dia akan sibuk pancing lelaki lain lagi," katanya.
Kuan turut berkata bahawa ramai remaja terperangkap penipuan seumpamanya.
"Malah, pernah bos GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pun terperangkap dan rugi kerana tunjuk gambar bogel pada kawan yang dikenali melalui Facebook," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 16-2-2021 05:06 PM
Uncle Kentang beri amaran penipuan di media sosial
Diterbitkan 16 Feb 2021, 5:00 pm
Kalau tayang pun x luak
Manusia buat silap
Kalau kena scam nk tayang gambar bogel suruh ja tayang
Malu kat famili - tell the truth sorry n taubat jgn buat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Syed Azmi
Kes 91165
Tumpat Kelantan
"boleh saya minta bantuan dari tuan syed sedikit tak..saya ada 8 orang anak (16,13,12,11,9,5,4,6bln)..sebelom ni saya bkerja mgemas rumah org,tapi slpas saya bersalin dn musim pkp ni xada yang pnggil untuk mgemas rumah. makan minum kami sekeluarga hanya mengharapkan 100% dari duit bantuan bulanan..bukan xada suami tuan,, ada tapi sekarang suami saya berada dalam pusat pemulihan di ccrc pahang..hari ni,, gas habis..sabun basuh habis,,kbanyakkan barang dapur dh habis tuan. kalau tuan syed dapat mringankan beban saya sedikit pom dah bersyukur sangat. ."
1.mungkin perancangan kewangan keluarga saya tidak betul atau tidak boleh dipakai..mungkin juga dimasa terdahulu saya menggunakan sepenuhnya bantuan dari tuan hanya untuk keperluan makan dan minum keluarga saya
2.insya allah saya tiada memohon bantuan dari mana mana pihak.. saya hanya meminta sepenuh bantuan dari pihak tuan syed sahaja. kalau saya mahu minta bantuan dari tempat lain.. saya perlu bergerak tuan,memandangkan saya tidak mempunyai kenderaan jadi kalau saya mahu bergerak saya kena sewa kereta.. paling murah rm20 untuk pergi dan balik..biasa2 ada yang mahu bagi bantuan tapi saya xboleh pergi dsebab kan kekangan kenderaan dn kewangan..misal kata ada hamba allah mahu bagi bantuan rm50..saya hanya boleh mggunakan sebanyak rm30 sahaja.. rm20 lagi digunakan untuk bayar tambang..keluarga saya sendiri pom bukan dari golongan senang tapi setakat untuk makan dorang cukup nak bantu saya too mmg xdapat..kalau setakat bagi beras 5kg alhmdulillah abah saya ada menghulur.. keluarga mertua,, saya tak pasti dan saya tak tahu nak kata apa.. pendek kata saya xmahu dipandang seperti tidak berguna dimata mertua.. terima kasih tuan
3.alhamdulillah ada bntuan zakat dan seperti biasa saya menggunakan duit bantuan tersebut 100% untuk makan minum saya sekerluarga memandangkan saya sekarang ditinggalkan suami dan tiada yang mamanggil saya bkerja.
4.insya allah jika permintaan untuk mgemas rumah bkurangan,, saya akan ikhtiar untuk mencari kerja lain.. kerja yang dapat menjamin periuk nasi saya akan selalu berasap..tidak mewah, cukup perut anak2 terisi..insya allah
terima kasih tuan 😊😊
Nak bantu?
Semua kes ini saya SUDAH BAGI BANTUAN. Sekali lagi SUDAH BAGI melalui Dana Tamakpahala atau PUAKPayong)
Untuk menghubungi keluarga ini (jika dibenarkan), whatsapp saya di 0196664779 atau klik
https://SyedAzmi.wasap.my
Dan beritahu saya nombor kes supaya saya tahu yang mana satu.
Sila ingat bahawa saringan saya ini tidak mendalam. Jadi apa yang saya boleh berikan adalah nombor untuk dihubungi kalau di benarkan. Kalau saya rasa bantuan sudah banyak. Saya akan tutup bantuan.
Sejujurnya saya hanya galakkan pemberian barang dan BUKAN WANG.
Kalau nak bagi wang jugak, saya tak halang. Tapi kalau mereka selalu mintak jangan salahkan saya ye.
Dan untuk tahu bagaimana hendak menyumbang ke dalam Dana Tamakpahala atau PUAKPayong, pun boleh hubungi saya.
Terima kasih,
Syed Azmi |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 16-2-2021 01:32 PM
Uel bila la pulak nk siasat dulu sblm bagi
Malekkat xyah siasat. Jgn cuit dia ada kabel besar2 dia dok flex kat ig dia ha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|