Mabuk rempuh rumah masuk ruang tamu
Masalah pemandu mabuk dan membahayakan orang lain sememangnya tidak pernah habis dibahaskan. Pasti ada sahaja kes baru melibatkan individu tidak bertanggungjawab ini ditularkan orang awam kerana bengang dengan sikap mereka. Sampai masuk ruang tamuMenerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jamaliah Mimhat, dia telah memuat naik gambar rumah keluarganya yang rosak apabila dirempuh sebuah kereta pada awal pagi.
Katanya mabukRempuhan kuat itu membuatkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu individu tersebut remuk dibahagian hadapan. Menurutnya, pemandu berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan pasti perkara terbabit begitu membuatkan mereka sekeluarga marah.
Nasib family takde apa2Perkongsian tersebut juga membuatkan warganet berasa geram kerana tindakan sebegitu amat membahayakan orang yang tidak bersalah. Mereka juga merasakan duduk di dalam rumah sendiri masih lagi tidak selamat disebabkan wujud individu seperti itu. Seram tengok rumah sampai macam tu
Terima kasih yang prihatinDalam ciapan lain pengguna Twitter tersebut, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang prihatin terhadap nasib keluarganya. Dia juga memaklumkan mereka semua selamat kerana masing-masing tidur di dalam bilik dan bukan di ruang tamu rumah.
|