Isu macam ni pun nak heboh - bapa muda tenang masak sambil gendong ‘baby’
Setiap bapa pastinya pernah merasai pengalaman menjaga anak kecil dan dalam pada masa yang sama perlu melakukan tugas harian tanpa dibantu oleh isteri disebabkan beberapa hal.
Masak2 sama anak
Situasi tersebut mungkin sesuatu yang agak panik lebih-lebih lagi jika anak kecil mulai meragam dan minta diberi perhatian.
Situasi kalut itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok apabila isterinya merakam video dirinya memasak sambil menggendong anak.
Isteri belum balik kerja, lapar sangat
Menurutnya, anak mereka tidak mahu duduk, jadi bagi memudahkan kerja, dia mengambil keputusan menggendong anak sambil memasak kerana isterinya belum pulang dari kerja.
Terbaik suami macam ni
Perkongsian tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan pengguna Tiktok dikenali sebagai qikhwanwan kerana membantu tugas isteri.
Walau bagaimanapun ada yang menasihatinya supaya berhati-hati ketika memasak sambil menggendong anak kerana bimbang terpercik minyak panas.
Post time 12-2-2021 12:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Berlambak la mak2 yang terpaksa buat macam ni hari2 di serata donia..
Just sebab yang buat jantan loser, sampai nak di tik tok seolah suatu pencapaian paling terbaik suami ko mampu buat eh...