CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2092|Reply: 8

Lepas viral, Roti Canai Janda di Derang dapat jual 400 roti canai dlm masa 5 jam

[Copy link]
Post time 12-2-2021 10:07 AM | Show all posts |Read mode
400 roti canai licin dalam 5 jam
    Oleh OTHMAN YAHAYA
    12 Februari 2021, 9:10 am

ALOR SETAR – Rata-rata peniaga restoran dan gerai makanan meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila premis masing-masing mula menerima pelanggan selepas dibenarkan oleh kerajaan bermula kelmarin.

Tinjauan Kosmo! mendapati peniaga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan dua pelanggan dibenarkan makan di satu meja.

Pemilik Kedai Roti Canai Janda di Derang, Norasiah Abdul Rahman, 47, berkata, suasana kedainya bagaikan ‘hidup’ semula apabila pelanggan dibenarkan makan di premis.

“Sebelum ini, kedai yang dibuka pada pukul 6 pagi, sunyi kerana pelanggan hanya dibenarkan untuk membungkus makanan,” katanya ketika ditemui di kedai­nya semalam.

Menurut Norasiah, sebanyak 400 keping roti canai jualannya juga habis lebih awal pada pukul 11 pagi semalam berban­ding pada pukul 1 tengah hari sebelum ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Kota Setar, Mohd. Kholib Hamid pula berkata, pemilik kedai makan dan restoran kini boleh menarik nafas lega apabila dibenarkan berniaga seperti biasa kelmarin.

“Saya percaya para peniaga akan mematuhi SOP yang ditetapkan dengan waktu operasi perniagaan bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Syazwana Mohd. Resaidi, 22, memberitahu, dengan kebenaran makan di premis itu, dia tidak perlu lagi tergesa-gesa memasak sebelum keluar atau pulang dari bekerja.

“Tambahan lagi saya boleh memilih sendiri menu kegemaran untuk sarapan, makan te­ngah hari atau malam di restoran,” katanya.

Bagi Mohd. Shahidan Abdullah, 24, yang bekerja sebagai buruh binaan pula, dia gembira kerana dapat menjamu selera dengan lebih selesa berbanding memakan makanan dibungkus sebelum ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Rezeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
syazana ...kat ofis & rumah tak blh mkn ke.....

bungkus bawak balik mkm kat ofis, tak blh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 03:24 PM | Show all posts
[youtube]jCf2Wr755kA[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau duda letak perkataan duda kat nama kedai adakah akan menarik bini2 orang datang membeli?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2021 11:46 AM | Show all posts
Biasalah kedai kalau dah diviralkan pasti ada sambutan.  Tambah dan boleh makan dikedai lagi ramai yang nak cuba rasa.  Makanan kalau dibungkus selalunya kurang sambutan berbanding yang boleh makan dikedai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 08:03 AM | Show all posts
roti gulung duda terlajak

member aku punya penangan

viral beb sedap gilaaa

dtg kuantan meh try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
memang sedap kot roti canai dia.roti canai ni antara yg guilty pleasure.sedap tapi gigh calories.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059654 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list