Seorang pensyarah menghabiskan waktu selama dua jam bercakap seorang diri semasa mengajar melalui aplikasi Zoom kerana tidak menyedari bahawa mikrofonnya telah dimatikan.
Profesor matematik di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dong Wang, dilihat sangat kesal setelah menyedari kesalahannya itu.
Menurut Tribunnews, dia hanya menyedari bercakap dengan dirinya sendiri ketika dia mengajukan soalan kepada pelajarnya menjelang kelas dalam talian itu berakhir.
Anehnya, mikrofon yang tidak diaktifkan semasa dia sedang mengajar tiba-tiba berfungsi semula.
Dia menyedari bahawa pelajarnya tidak mungkin akan mengemukan soalan kerana mereka tidak dapat mendengar suaranya semasa kuliah itu berlangsung.
“Hai prof, dari awal lagi suara prof sudah mute, kami tidak dapat mendengar apa-apa sejak 6.08 tadi,” kata seorang pelajar.
Reaksi profesor yang terkejut itu telah dirakam dan kini menjadi tular setelah dimuat naik ke Youtube.
Pelajar pula mengatakan bahawa kelas itu bermula dengan lancar pada awalnya namun tiba-tiba skrinnya kelihatan ‘tersekat’ seperti mengalami gangguan internet, selepas itu dia muncul semula dengan suara yang ‘dibisukan’.
Profesor itu tidak menyedari keadaan itu walaupun beberapa pelajar telah cuba memberitahunya.
Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan gangguan teknikal tersebut tetapi pelajar mengesyaki bahawa gangguan itu mungkin disebabkan gajet yang digunakan olehnya.
mengajar ni two way comm.. ko tak pernah tanya ke budak ko.. tak dak present apa2 ka??
sekurang2 nya tanya, faham tak?? takde respon suruh laa bukak mic..
kalo one way... baik bubuh video je.. soal jawab semua tutup
Post time 12-2-2021 06:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 12-2-2021 12:50 AM
Hahaha... dari 6.08pm depa tak tulis dlm chatbox ka yg cikgu mute tak dgr apa?
Agaknya dok share screen pasal tu tak nampak chatting tu.
Dan i rasa volume lecturer tu mesti slow sebab tu dia tak dengar student tegur.
Tp dia takde 2 way communication ke? Kalau ada pastu masalah ni tak jadi. Mestilah pelik kalau student tak respond
Post time 12-2-2021 10:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols pernah call member iols... Sekali iols yg syok sendiri bercerita, dia tertido. Sebab member iols tu kalau iols bercerita memamg takde respon ohhh yeke ok...terus iols letak. Esok tu dia bagitau tertido & mintak iols cerita lagi. Dah la sebelum2 tu dia pernah bagi iols voicenote 2 jam. Iols ingat apa panjang sgt, skali voicenote dia dengkur. Iols tanya knp bg mcm tu, dia kata dia nak voicenote iols tanya khabar, sekali terlelap..
Post time 12-2-2021 03:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Biasanya, sebelum mula kuliah saya akan tanya student "Dengar suara saya tak?, Nampak slide tak?". Saya tunggu sampai diorang jawab "Dengarrrr", "Nampakkkk", baru saya mula mengajar.
Post time 12-2-2021 03:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
honeybee1802 replied at 12-2-2021 03:11 PM
Dia tanya la kot...tp dah mute kan..mana bebdk nak tau...kikiki..kecuali dia tanya thru channel la ...
Dia kena tanya awal2. Kalau takde sapa menjawab, ada masalah audio. Pastu doublecheck kat chatbox, voley dgr saya tak? Nnt ada la stodeng menjawab tak dgr ke dgr ke.. masa tu voley troubleshoot. Ni tunggu 2 jam, kena la ulang balik.