CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 0

Menangis Laungkan Azan Terakhir Untuk Arwah Bapa

[Copy link]
Post time 9-2-2021 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Menangis Laungkan Azan Terakhir Untuk Arwah Bapa

Kehilangan ibu bapa menjadi antara perkara paling ditakuti oleh setiap insan yang bergelar anak. Hal ini kerana sebagai seorang anak pasti mahu mengembirakan kedua-dua ibu bapa sebelum mereka meninggalkan kita.

Tular di aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Elisac memuat naik satu video yang memaparkan kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak akibat pemergian bapa tersayang.

Azankan bapa untuk kali terakhir


video : https://borakdaily.com/kanak2-le ... r-untuk-arwah-bapa/


Peristiwa duka ini harus dilalui oleh kanak-kanak tersebut yang bernama Wahyu berasal dari Indonesia. Sebelum arwah dikebumikan, dia mengambil peluang terakhir untuk meluangkan azan buat Allahyarham bapanya.

Walau bagaimanapun, Wahyu tidak dapat menahan sabak dan terpaksa menangis sebelum air mata dilap oleh seorang pemuda yang turut berada di situ kerana takut terkena jenazah bapanya.

Ketabahan dan kekuatan si kecil menerima pujian daripada warganet selain turut bersedih melihat keperitan yang dilalui oleh budak lelaki tersebut.

Ya Allah sedih sangat2









MasyaAllah, momen-momen kali terakhir dapat melihat jasad orang tersayang memang satu perkara yang amat sedih dan pasti akan merindui gelak tawa mereka yang menghiburkan kita sebelum ini.

Sumber: TikTok Elisac


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053143 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list