View: 1427|Reply: 3
|
Apabila orang luar cuba ajar sebutan nama hantu di Malaysia
[Copy link]
|
|
Apabila orang luar cuba ajar sebutan nama hantu di Malaysia
Video 1: https://www.tiktok.com/@asapvyom/video/6925732631724215558
Video 2: https://www.tiktok.com/@asapvyom/video/6923875946441264390
Bagi kebanyakkan orang barat, kisah-kisah hantu yang diceritakan dalam budaya Asia adalah sangat menarik kerana bukan sahaja hantu kita jauh lebih menakutkan, malah hantu Asia juga mempunyai nama dan kisah yang menarik di sebalik kewujudan mereka.
Cerita hantu seperti pontianak, pocong, penanggal dan toyol bukan sahaja membuat kita tidak boleh tidur ketika kecil, malah sehingga dewasa kita masih tidak akan tenteram jika mendengar kisah tentang makhluk-makhluk halus ini.
Jadi tidak hairanlah filem-filem seram dari negara Asia seperti Jepun dan Thailand adalah jauh lebih menakutkan dari filem-filem seram yang dihasilkan oleh Hollywood.
Perkara ini membuatkan ramai yang tertarik untuk mengetahui tentang hantu-hantu yang popular di negara-negara Asia seperti juga seorang pengguna TikTok ini.
Diminta oleh pengikutnya untuk menyebut nama-nama hantu di Malaysia, pengguna TikTok berkenaan dibahan selepas menggunakan sebutan yang salah dalam videonya.
Antaranya adalah seperti Pocong yang disebut sebagai ‘Pokong’, Pontianak disebut sebagai ‘Ponthaianack’, dan Hantu Air disebut sebagai hantu udara.
Video yang dikongsikan oleh individu tersebut ternyata mencetuskan ketawa dan mengundang pengguna lain untuk membahan cara sebutannya itu.
https://www.tiktok.com/@asapvyom
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Warganet yang menonton video tersebut nyata terhibur kerana cara sebutannya agak melucukan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|