Fendi Kongsi Cara Menikmati NASI KANDAR Yang Betul | Resepi Tok
Mengikut tradisi, Nasi Kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Antara lauk yang dihidang pada awal dulu ialah ikan kari, bendi, telur dan nasi. Lama kelamaan jenis nasi, dan lauk di tambah mengikut citarasa setempat.
Bagi penduduk asal Pulau Pinang, Fendi mempunyai teknik dan cara untuk menambah baik pengalaman menikmati juadah Nasi Kandar ini. Tonton lah video ini sehingga akhir untuk mengetahui, apakah dia teknik & gaya tersebut.
Untuk pengetahuan semua, Resepi Tok Pulau Pinang sudah berada di episod yang terakhir. Sepanjang 22 episod ini, kami dari Destinasi TV ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat yang menonton, menyokong, memaklum balas siri jelajah ini. Kami harap, penonton semua teruskan memberi sokongan kepada Destinasi TV dan teruskan menonton dan bermanfaat
In Sha Allah Resepi Tok Siri baru akan dijalankan, dek kerana situasi negara kita sekarang, kami terpaksa tangguh niat kami buat sementara waktu dan berharap agar kita rakyat Malaysia dapat mengharungi situasi ini dengan jayanya.
kaka dah 2x makan nasi kandar berator. mmg kedai ni bukak waktu mlm je eh. nama kedai mmg sinonimla sb kena beratur pun dekat sejam walaupun waktu mlm. pd kaka nasi dia kurang sedap sikit. sedap lg nasi kandar kassim mustaffa. tp kassim mustafa ni tepi jalan utama. asap2 keta dan bas pun masuk kt kedai.
pernah beratur sekali je. setengah jam beratur masih panjang lagi berisan, terus givap. yang saya pergi ni beratur cawangan baru buka. emm, biasa je. ada nasi kandar yang lagi syurrr
kena beratur juga tapi takla teruk macam yg town punya. siang malam bukak. ada makanan western sekali. tapi tak sure nasi kandar tu rasa dia sama tak macam town punya
senang cari tak kedai tu sb tak penah pegi area airport bayan lepas. klu yg kt town tu pun kecik je kedai tp
sb dlm town boleh jumpa. lg pun mlm2 lps kul 10 kedai ni je la yg bukak.