CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10036|Reply: 119

Resipi Ikan Keli Organik Masak Kicap’ dari Pengusaha sangkar ikan ini Jadi Burua

[Copy link]
Post time 4-2-2021 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GARA-GARA memuat naik resipi istimewa ‘ikan keli organik masak kicap’ di laman sosial Januari lalu, kini pengusaha ikan keli organik bergelar cef dan tak menang tangan memenuhi tempahan!

Itu lah yang berlaku kepada Nik Khairina Nik Abdul Razak apabila tercetusnya idea juadah ringkas itu berikutan bekalan stok ikan terbabit hanya perlu ‘disauk’ dari sangkar miliknya yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan portal media tempatan, menurut wanita awal 40-an itu, kini bilangannya ikan keli organik dalam sangkar miliknya sudah mencecah hampir 300,000 ekor.

Ibu kepada tiga orang anak itu turut mengakui, tidak menyangka resepi masak kicap mengikut cita rasanya itu dapat memenuhi selera orang ramai sehingga mendapat tempahan mencecah 150 bungkus sehari daripada pelanggan.

Saya sebelum ini tidak pernah menceburi bidang masakan… hanya menjadi cef di rumah untuk  mengisi perut suami dan anak-anak, malah saya tidak pernah sesekali menyangka percubaan menjual nasi berlaukkan ikan keli masak kicap ini rupanya dapat memenuhi cita rasa ramai.

“Tambahan pula, selama ini saya hanya memfokuskan perniagaan ikan keli organik sejuk beku untuk dipasarkan di pasar raya terutama di ibu negara, namun sejak sebulan lalu timbul idea untuk saya mengembangkan perniagaan dalam bidang masakan,” katanya.

Difahamkan jualannya berdasarkan konsep makanan bawa pulang serta turut menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan di sekitar Kota Bharu.

Untuk perancangan akan datang, beliau juga bercadang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka kafe selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih tahap kepedasan set ikan keli yang turut disajikan dengan telur asin dijual pada harga RM8 sebungkus selain saya turut menawarkan menu ayam kicap bagi pelanggan yang tidak makan ikan keli, juga pada harga yang sama,” katanya.

Beliau berkata dalam masa yang sama perniagaan itu juga dapat membantu anak sulungnya, Wan Faten Nurnisa Wan Nazaruddin, 22, meraih pendapatan selepas menamatkan pengajian Diploma Komunikasi Kewartawanan di sebuah universiti pada Januari lalu.

“Selepas anak sulung saya menamatkan pengajian, beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP walaupun telah banyak kali menghadiri temu duga.

“Jadi dengan adanya perniagaan ini sedikit sebanyak dapat membuka ruang kerjaya kepadanya yang turut membantu saya dalam perniagaan ini, walaupun berbeza dengan bidang yang dipelajarinya,” katanya yang kini mempunyai lima pekerja.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1927969

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 07:33 AM | Show all posts
ikan keli ni aku boleh makan kalau goreng garing2 jaa.. Klau masak berkuah tak lalu sangat sebab isi dia lembik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 organik ke? Ikan keli kuat makan,apa yang dia tabur kalau bukan dedak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertahun2 x mkn ikan keli.. kalo goreng rangup sedapp.. makan sampai tinggal tulang yg tengah, dan kepala la kalo ada..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisahlah organik atau tak,janji ikan keli tu tak diberi makan benda kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 08:00 AM | Show all posts
saya tak makan ikan keli...geli lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sedapnya ikan keli bakar kat paklang kg baru
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan keli goreng berlado.. fuhhh.. best nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 08:40 AM | Show all posts
Sy suka keli bakar je..atau masak tauchu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xmakan ikan keli n seangkatan dgnnya..masak la apa pun aku tetap xkan makan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan keli ni kalau gi kedai aku makanlah.. yg garing2 sambal berlado... tapi kalau masak sendiri aku serammm
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal jgk set nasik dia rm8 kat kelate...patut la org kelate susah2...nk koje pun peluang x byk..makanan pun mahal2
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan keli makan taik babi sebab tu daging manyak lumbut
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nih hat macam rasa ayam budak gemok tu ke? Kicap pekat gitu eh.
Biasa keli buat bakar je,tp kalau beli selalu beli hat masak balado tu.
Masa kecik2 dulu arwah mak suka wat kari ikan keli.
Iols suka satu lagi keli salai masak tempoyak buh daun kunyit dimayang.
Sedapnya makan masa hujan, terbau2 lagi aroma keli salai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 4-2-2021 09:19 AM
Mahal jgk set nasik dia rm8 kat kelate...patut la org kelate susah2...nk koje pun peluang x byk..mak ...

Ikan keli ni sebenarnya lauk yg murah tau. Heran juga ada yg jual mahal.
Dulu adik iols selalu beli nasi lauk ikan keli masa dia bujang.
Rupanya sbb harga murah kan lauk lain mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:57 AM | Show all posts
Suchi replied at 4-2-2021 09:41 AM
Ikan keli ni sebenarnya lauk yg murah tau. Heran juga ada yg jual mahal.
Dulu adik iols selalu be ...

kat Pasar Tani Kg Pandan RM9 se kg....dapat dlm 6 ekor besar2...
mmg tu la ikan paling murah...
mmg boleh je dia jual lunch box dia dgn harga lagi murah....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 10:17 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 4-2-2021 09:21 AM
Ikan keli makan taik babi sebab tu daging manyak lumbut

kalau ikan keli dr kolam cina...kolam melayu tak bagi makan babi
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts

Gila la cekik darah jual set keli RM8. Dah la keli bela sendiri.

Mentang2 la viral tapi sedap ke? Selalu lauk kelate manis2 serupo mek2 kelate manis2 belako


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:19 AM | Show all posts
Ikan Keli bakar di sambal hijau tu memang sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Camna nak tau ikan keli yg kita beli dr kedai dan pasaraya tu mai dr kolam mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.078249 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list