CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1548|Reply: 3

[SEDIH] Ibu minta gadaikan emas nak beli telefon

[Copy link]
Post time 3-2-2021 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 3-2-2021 10:14 PM

[SEDIH] Ibu minta gadaikan emas nak beli telefon


Setiap anak pastinya berimpian untuk membahagiakan ibu dan bapa. Walau bagaimanapun, bukan semua berkemampuan untuk memberi kemewahan buat orang tua kerana pebagai kekangan.
Namun, usaha kecil yang ditunjukkan dalam mengembirakan hati mereka pasti amat dihargai  kerana mengenangkan pemberian dari anak-anak.

Kejutan buat ibu
Menerusi perkongsian seorang pengunaa Tiktok dikenali sebagai bebozainuddin, dia telah menghadiahkan telefon bimbit baharu buat ibunnya.
Dalam video tersebut, jelas reaksi ibu pengguna Tiktok itu sangat gembira sehingga menitiskan air mata kerana tidak menjangkakan akan menerima hadiah daripada anak tersayang.

Minta tolong gadaikan emas sebab nak beli baru
Menerusi video lain, bebozainuddin memaklumkan bahawa ibunya ada memberitahu telefon bimbitnya rosak dan ingin membeli yang baharu. Namun, memintanya menggadai emas kerana tidak mempunyai wang.

Doakan dapat gembirakan ibu lagi
Jadi, dengan hasil berniaga secara online, gadis tersebut berjaya membelikan telefon bimbit baru buat ibunya dan situasi tersebut  dirakam dan dimuat naik ke media sosial.
Susulan daripada itu, bebozainuddin berharap agar warganet dapat mendoakannya murah rezeki supaya mampu terus mengubah nasib keluarga dan membahagiakan ibunya.


Hargailah ibu ayah
Oleh itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Tiktok dengan memuji usaha gadis terbabit dalam memberi kegembiraan kepada ibunya.
Mereka juga berasa terharu menonton video tersebut dan terus teringat akan ibu masing-masing.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 07:47 AM | Show all posts
sama mcm mak aku aritu fon dia rosak.. dia duk ngadu kt aku.. tapi mak aku takda pun mtk belikan cuma suruh tlg hntr pi repair..  Last2 kami share duit 3 beradik beli fon baru kt mak aku.. beli fon biasa ja.. janji leh wasap dan kol pun ok.. kalau beli hat canggih sgt pun depa tak reti guna.. tapi feeling dpt belikan sesuatu kt mak tu awsome la.. teringat masa kita kecik2 dulu mtk mak mcm2.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 08:13 AM | Show all posts
berbakti selagi ada

jangan guna duit ilestari beli gelang emas kat mak sambil selit sekali bergambar gelang emas ko sebesar balak tu
humble sambil brag giteewww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 09:13 AM | Show all posts
kalau batman mesti dia beli kan rumah terus... mcm dia beli rumah superman...

rumah lagi penting dari telepon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045369 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list