View: 1252|Reply: 3
|
[Covid 19] Berita Palsu
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 1-2-2021 05:13 PM
Adam Loi Bukan Penerima Vaksin COVID-19 Yang Pertama Di Malaysia
Kenyataan bahawa seorang sukarelawan yang merupakan individu pertama yang menerima vaksin kajian telah disalah tafsir sebagai individu yang pertama menerima vaksin COVID-19 di Malaysia.
Tersebar grafik di atas dalam media sosial yang mendakwa Adam Loi adalah penerima pertama vaksin COVID-19. Gambaran grafik tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Untuk makluman, beliau merupakan sukarelawan yang pertama menerima vaksin kajian COVID-19, dan bukannya vaksin COVID-19.
Menurut tatacara kajian klinikal ini, sukarelawan tersebut berkemungkinan menerima vaksin sebenar ataupun plasebo.
Justeru, penerima vaksin COVID-19 yang pertama di Malaysia masih belum ditentukan.
Adalah menjadi harapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pencerahan ini dapat memberikan gambaran sebenar mengenai siapa penerima pertama vaksin di Malaysia.
Pihak yang menularkan grafik tersebut diminta menghentikan sebaran dan memadamnya bagi mengelak kekeliruan terus berlaku di kalangan orang ramai.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi berita palsu dikesan tular di dalam aplikasi Whatsapp. Penyebaran berita palsu seperti ini boleh mencetuskan situasi panik dalam kalangan rakyat.
Mohon untuk tidak menyebarkan sebarang berita jika anda tidak pasti samada ia sahih ataupun tidak.
KKM
|
|
|
|
|
|
|
|
why not moderator kena vaksin dulu sebelum forumer. its brilliant idea and nobel prize |
|
|
|
|
|
|
|
best kalo dapat camtu ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|