CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4946|Reply: 24

Ketua Pegawai Eksekutif SHE Cosmetics hasilkan lagu pkp 2.0.moga terhibur

[Copy link]
Post time 1-2-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua bermula 13 Januari lalu dimanfaatkan segelintir individu untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka di laman sosial menerusi nyanyian serta gubahan lirik lagu berunsur nasihat.

Percubaan itu nyata tidak sia-sia apabila perkongsian mereka tular di laman sosial hingga meraih ratusan ribu tontonan.

Demi mengetahui kisah di sebaliknya, wartawan Harian Metro menemu bual individu yang menjadi perhatian kerana karya dihasilkan mereka ketika PKP.

"Mungkin ramai yang menganggapnya sebagai gurauan sedangkan ada mesej dan nasihat yang cuba saya sampaikan dalam bentuk sarkastik," kata bapa dua anak, Mohd Nur Azman Mohd Naim, 36, yang menarik perhatian warganet, baru-baru ini.

Ia berikutan hasil kreativiti Mohd Nur Azman atau dikenali Azman Naim 44 Mantra yang memuat naik videonya menyanyi lagu raya yang diubah liriknya bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa berkaitan PKP di Instagram serta TikTok.

Bercerita lanjut, dia yang menetap di Kulai, Johor tidak menduga video itu mendapat sambutan luar biasa hingga tular kerana niatnya hanya untuk menyuarakan suara masyarakat dalam bentuk lagu.
Sebenarnya hobi 'rosakkan lagu' atau mengubah lirik lagu ini bermula sejak sekolah lagi dan saya gelarkannya sebagai Coverosak.

"Cuma sebelum ini saya lebih banyak mengubah lirik lagu kumpulan heavy metal.

"Namun saya cuba tampilkan kelainan kali ini dengan menggunakan lagu raya dan mengubah liriknya bersesuaian dengan isu semasa iaitu pelaksanaan PKP 2.0, permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Menurutnya, dia terbabit sepenuhnya dalam penghasilan video berkenaan.

"Saya adalah one man show bagi penghasilan video itu kerana melakukannya sendiri bermula dengan mengubah lirik, merakam nyanyian menggunakan aplikasi Smule hingga ke proses suntingan.

Saya mengambil masa lima hingga 10 minit untuk mengubah lirik dan idea datang secara spontan ketika itu," katanya yang juga Ketua Pegawai Strategik Nutrivx Sdn Bhd serta Ketua Pegawai Eksekutif SHE Cosmetics Ash Legacy Sdn Bhd.

Mengulas mengenai maklum balas positif diterimanya, Mohd Nur Azman berkata, tiada perkataan mampu diungkapkannya melainkan ucapan terima kasih kepada semua yang menonton dan memberi sokongan.

Dia berharap perkongsiannya itu dapat memberi mesej positif dan kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pandemik Covid-19.

Niat saya bukan untuk menjadikan video itu tular, tetapi mengangkat suara orang ramai dan menjadi perantara menerusi lagu.

"Bagi saya, pendekatan menerusi nyanyian dan lagu lebih baik daripada mengajak masyarakat melemparkan komen negatif di laman sosial atau turun berhimpun di jalanan terutama dalam tempoh PKP ini," katanya.

Berkongsi perancangannya, Mohd Nur Azman berkata, dia bercadang menghasilkan lagi video nyanyian berkaitan isu semasa, tetapi menunggu waktu yang sesuai bagi membuat rakaman.

"Memang ada perancangan, tetapi saya perlu menunggu pengumuman kerajaan bagi mengetahui apa akan berlaku selepas 4 Februari nanti.

"Ini kerana ada kemungkinan SOP akan berubah, jadi video dihasilkan perlu mengambil situasi semasa," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/670019/karya-kreatif-pkp-20

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu komen mengecam
Kalau keluar kat fb mana2 news mesti ade komen.....
Berita ni boleh hapuskan covd ke?
Cerita ni boleh naikkn ekonomi malaysia ke?
Berita ni boleh bg aku keja ke?

Versi forum, dah tu nak kena gelabah ****k ke? Xpun who r yusss?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama lagu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg terhibur. dpt la reducekan stress ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Part lagu tu takde masalah,  part yg Ketua Pegawai Eksekutif bla bla bla cosmetic tu macam rengsa sikit.

Iklan tak berbayar kewtew...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 09:21 AM | Show all posts
lain benar cara mesia dgn negara luar... kat mesia, mamat ni chairman utk SHE cosmetics.. kat pillipina nun, ponder dan ceo ialah kris bernal.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
I lyn gak lagu2 die ni...

Di saat tepu n stress dgn life ni...dgr lagu yg menghiburkan rse release gak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama viral di tiktok...slow la forum ni

Tak sangka dia ni ketua bisne.ingatkan pesen drebar lori ke apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu mana rupa she cosmetics ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-2-2021 10:13 AM
Dah lama viral di tiktok...slow la forum ni

Tak sangka dia ni ketua bisne.ingatkan pesen drebar l ...

Hahahahahahaahhahaahahahahahahahahahaha kan. Selebet rambot kau bang ceo
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-2-2021 09:21 AM
lain benar cara mesia dgn negara luar... kat mesia, mamat ni chairman utk SHE cosmetics.. kat pillip ...

mamat? ni lelaki ke? whaaaatt
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 01:56 PM | Show all posts
kaedahnya replied at 1-2-2021 01:48 PM
mamat? ni lelaki ke? whaaaatt

eh bukan... yg nyanyi lagi selamat berpkp tu ialah lelaki, chair kpd SHE cosmetics..yg CEO SHE cosmetics kat pilipina ialah minah dlm gambar tu...
nak tunjukkan ada perbezaan rupa ceo jenama kosmetik kat mesia dgn pilipina... tu je

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry tak pernah dengar langsung she cosmetic tu tapi gigih betul founder2 ni nak buat lagu.

Dari satu ke satu. Christy Ng jugak yang mendunia last2 dengan marketing professional walaupun ada kontroversi kerah pekerja dulu2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh i see lepas tengok ig dia semua, dia troll je entah2 she cosmetic tu pun tak wujud dia main bubuh je nak troll pembaca2 semu tapi rambut panjang dia tu ya ampun serabai betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap jgk lirik dia.. boleh sing along
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 06:37 PM | Show all posts
ok iols is terhibur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Skeri meri muka penyanyi tu, tak ada nilai komersial langsung tapi suara ada standard penyanyi patriotik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa mati2 selama ni ingatkan yg nyanyi tiktok tu pelakon stunt indon dalam cerita John Wick 3
Orang lain rupanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-2-2021 10:13 AM
Dah lama viral di tiktok...slow la forum ni

Tak sangka dia ni ketua bisne.ingatkan pesen drebar l ...

Tu la. Hampon. Hado2 rupanya pakcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 1-2-2021 09:52 PM
Laaa mati2 selama ni ingatkan yg nyanyi tiktok tu pelakon stunt indon dalam cerita John Wick 3
Oran ...

Takkkkkaaannnnlaaaaaaa

Btw aiol suka pakcik tu. Dia cikgu. Humble ja walau mendonia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.099957 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list