SIBU: Pihak polis telah menahan tiga wanita berusia 26 hingga 34 tahun berasal dari Daro kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan ketika merayau-rayau di Jalan Market sekitar jam 3.20 awal pagi tadi.
Ketiga-tiga mereka di bawa ke Balai Polis Sentral selepas gagal memberi penjelasan dan dikenakan kompaun RM1000.