|
SIBU: Seorang lelaki yang leka berkaraoke sehingga larut malam dan mengganggu ketenteraman jiran tanpa mempedulikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan notis kompaun RM1,000.
Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata perbuatan lelaki berusia 21 tahun itu disedari selepas jiran menghubungi polis peronda yang tiba di sebuah rumah di Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 50 pada pukul 1:15 pagi, Sabtu.
Katanya, pasukan peronda diketuai ASP Kushairy Bujang memeriksa rumah tersebut.
"Pemeriksaan polis mendapati seorang lelaki sedang leka berkaraoke," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, hanya lelaki tersebut masih berkaraoke manakala rakan-rakannya yang lain telah tidur kerana mabuk.
"Dia mengakui membuat bising sehingga polis menerima aduan daripada jiran," kata Stanley.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|