Salah seorang majikan di Kapit didenda RM 4, 800 oleh Mahkamah Magistret Kapit pada Dec 2020 yang lalu kerana gagal membayar gaji pekerja mengikut Perintah Gaji Minimum 2016 iatu RM920 sebulan. Pendakwaan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Tuan Kennedy Lawrence.
Mana-mana majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2020 di Kapit sila laporkan ke Pejabat Tenaga Kerja Kapit untuk tindakan pendakwaan.
Kadar gaji Perintah gaji minimum 2020
RM 1,100 Sebulan atau RM 42.31 sehari atau RM 5.29 sejam.
Tahniah kepada Pejabat Tenaga Kapit atas kejayaan mendakwa majikan yang ingkar mematuhi Perintah Gaji Minimum di Kapit.
aok cdak kerja hotel banyak terhimpit oleh Covid ...
tapi...
kurang2 sblom tuk cdak terima gaji berpatutan ...
mangsa tauke2 yang jahat ni ... pekerja2 kedai makan ... pekerja2 kedai d daerah kecik2 cam Kapit tuk... Covid tak Covid ... memang gaji asal ada jak... ada yang cuma dapat rm450 sebulan ... tapi yer lah ... peluang pekerjaan takde ... kena lah terima sebab ramai lagi sanggup terima gaji seperti itu.