CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8809|Reply: 59

[Sarawak] [BORNEO] Buaya Sarawak

[Copy link]
Post time 16-1-2021 05:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 21-4-2021 09:22 AM
KUCHING: PENAMPAKAN BUAYA DI KAWASAN TERJEJAS BANJIR / PASUKAN TINDAKAN PANTAS HIDUPAN LIAR SFC BERSIAP SEDIA


Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar Sarawak Forestry Corporation (SFC) bersiap sedia untuk membantu sekiranya terdapat laporan penampakan buaya di kawasan terjejas banjir di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata perbadanan itu mempunyai seramai 16 orang anggota SWAT yang bertauliah bukan hanya dalam mengendali buaya malah haiwan yang lain.

Daripada jumlah itu Kuching Dan Sibu masing-masing mempunyai seramai lima orang anggota manakala Bintulu Dan Miri terdapat tiga anggota di setiap Bahagian.

Ujarnya ketika ditemuramah media semasa mengadakan lawatan ke Kampung No. 4, operasi mengesan buaya turut dibantu Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia.

Tambah Zolkipli lagi, sejak banjir melanda Sarawak Rabu lepas, SFC telah menerima DUA laporan kelibat buaya iaitu masing-masing ya satu di Kuching dan Saratok.

Bagi laporan di Saratok, buaya tersebut telah ditangkap oleh Pihak Bomba sebelum diserahkan kepada SFC.

Sementara kes di Kuching pula ia masih Dalam pemantauan pihak SFC yang mana SEMALAM kelibat tiga ekor reptilian itu dilihat di Sungai Sarawak berdekatan Kampung No. 4.


Comments

new thread tacang from SMod kawasan; also upah jaga bod ini dan membantu sebagai SMod in CI  Post time 16-1-2021 07:55 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 05:50 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:50 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:56 AM | Show all posts
Jika di Semenanjung terutamanya pantai Timur jika musim tengkujuh ramai yang berpesta bermain air banjir. Berbeza dengan Sarawak. Jika berlaku banjir, orang sarawak berfikir dua tiga kali mahu meranduk air sebab pada musim banjir ini banyak buaya tersesat di dalam kampung,  longkang taman perumahan dan boleh mengancam nyawa.
Semoga yang terlibat banjir berhati-hati.
Gambar dari sumber facebook dan whatsapps menunjukkan kejadian buaya naik ke kawasan kediaman di sekitar Kuching dan Saratok.








Cikgu Emmet Menulis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:01 AM | Show all posts
abang boya baru jer nak jadi boya darat ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:04 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2021 06:12 AM | Show all posts
kesian juga ... mesti dia pun ketakutan ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:19 AM | Show all posts
Awas 180,000 ekor buaya!

SARAWAK yang terkenal dengan misteri Bujang Senang dan Batang Lupar merupakan negeri paling banyak mencatat konflik antara buaya dengan manusia di Malaysia.

Ia berpunca daripada peningkatan populasi reptilia ganas itu, lantas menyebabkan berlakunya beberapa siri serangan terhadap manusia, dan pada masa yang sama, manusia juga memburunya.

Malah ia bagaikan tiada kesudahan, dengan peningkatan kes demi kes yang membabitkan beberapa kawasan panas, sebagai lokasi kegemaran makhluk purba itu.

Menurut Timbalan Kontroler Hidupan Liar Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Engkamat Lading, survei yang dilakukan menunjukkan terdapat lapan hingga 12 ekor buaya dalam setiap kilometer.

Survei dilakukan di Batang Baram, Batang Sadong, Batang Samarahan, Sungai Seblak, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Sungai Lingga dan Batang Krian.

“Anggaran populasi ialah sekitar 12,000 ekor, termasuk 10 hingga 15 peratus pemangsa pada masa-masa tertentu, maka anggaran populasi buaya di negeri ini ialah 180,000 ekor,” ujar Engkamat Lading.

Dengan jumlah tersebut buaya akan terus bermaharajalela pada bila-bila masa.

Buaya air masin yang lebih dikenali sebagai buaya katak dalam kalangan masyarakat tempatan, merupakan spesies paling banyak ditemui di Sarawak.

Ia semakin meningkat berikutan larangan memburu buaya dari segi perundangan dan larangan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perdagangan Flora dan Fauna Terancam (CITES) untuk eksport buaya.

Selain itu, pantang larang membunuh buaya yang diamalkan penduduk tempatan, selain semakin banyak tempat sesuai untuk pembiakan di tepi sungai akibat pembersihan hutan asal di sepanjang sungai.

Konflik serangan buaya terhadap manusia dikatakan berpunca daripada sikap manusia itu sendiri, selain jumlah populasi buaya.

Pengarah Zoologi, Hospital Veterinar dan Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr. Mat Naim Ramli berkata, kebanyakan serangan buaya ialah kerana sikap manusia yang mengambil mudah terhadap keselamatan ketika berada di persekitaran yang dihuni buaya.

Selain itu, kekurangan sumber makanan turut menjadi faktor ia bertindak agresif.

Perebutan habitat buaya jantan dan betina juga menjadi punca reptilia itu memasuki kawasan yang dihuni manusia.


Jadi tidak hairanlah pada masa ini jika kita melihat kelibat buaya di dalam longkang, tasik, dan sebagainya.

Buaya boleh menyerang manusia jika ia berasa terancam, dan melihat kita sebagai sumber makanannya.

Inilah konflik yang dimaksudkan, lebih-lebih lagi dengan peningkatan populasinya menyebabkan ia semakin kekurangan sumber makanan.

Kegiatan manusia yang tinggal di kawasan berhampiran sungai seperti membuang sisa daging terus ke sungai akan menyebabkan buaya berasakan bahawa manusia termasuk dalam rantaian makanannya.

Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan agar lebih berwaspada termasuk membuat pelantar yang tinggi bagi membolehkan mereka mencuci pakaian di kawasan tebing, sekali gus mengelak daripada menjadi mangsa serangan.

Justeru pihak berwajib perlu mengawal populasi buaya agar ia tidak menjadikan manusia sebagai sumber makanan utama.

Akses untuk individu ataupun syarikat mendapatkan lesen memburu buaya perlu dipermudahkan di kawasan sungai yang dikenal pasti mempunyai populasi yang tinggi.

Suara Sarawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 06:32 AM | Show all posts


45 sungai di Sarawak lubuk buaya

PELBAGAI usaha dilakukan bagi melindungi buaya daripada pupus, termasuk peruntukan undang-undang antarabangsa dan tempatan, yang menghalang pelbagai aktiviti, termasuk pemburuan, menangkap, menjual, malah memelihara haiwan berkenaan.

Inisiatif ini terbukti berjaya apabila jumlah buaya kian meningkat, namun lambakan populasi reptilia ini mencetuskan konflik dengan manusia apabila ia juga menyebabkan peningkatan kes serangan buaya, khususnya di kawasan habitat semula jadinya.

Sejak awal tahun ini sahaja, Jabatan Hutan Sarawak merekodkan lebih 10 kes serangan buaya di sungai di seluruh Sarawak, dengan sebahagian besar membabitkan kes kematian.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Sapuan Ahmad, berkata di kawasan penempatan tertentu, pihaknya sering menerima aduan berhubung kehadiran jumlah buaya dewasa yang banyak sehingga mencetuskan kebimbangan kepada penduduk.

"Dari satu sudut, ia membuktikan usaha melindungi reptilia itu daripada pupus, berjaya. Dari persepsi lain pula, ia mencetuskan kebimbangan apabila jumlah buaya dewasa terlalu banyak boleh mencetuskan konflik dengan manusia, termasuk terdedah kepada risiko serangan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sumber makanan reptilia ganas itu semakin berkurangan," katanya kepada BH.

Di Sungai Bako di pinggir bandar raya Kuching sahaja, terdapat sekurang-kurangnya tujuh ekor buaya bagi setiap kilometer sepanjang sungai berkenaan.

"Ini bermakna di sepanjang 18 kilometer sungai itu, ada sekurang-kurangnya 126 buaya. Ini jauh melebihi jumlah berkesan untuk pengurusan hutan iaitu lima ekor buaya bagi setiap kilometer panjang sesebuah sungai. Seharusnya hanya ada 90 ekor buaya di Sungai Bako.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:34 AM | Show all posts

Lagenda Si Bujang Senang

Pada tahun 1980-an, masyarakat di Sarawak pernah gempar dengan kejadian seekor buaya ganas bergelar 'Bujang Senang' yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, menyerang dan membaham beberapa mangsa.

Dikisahkan, dalam kalangan manusia yang menjadi mangsa Bujang Senang, tiada seorang pun daripada kaum Bidayuh kerana adanya perjanjian antara sang bedal dengan keturunan kaum Bidayuh.

Sekitar 1982 sehingga 1991, reptilia ganas itu membaham 13 penduduk kampung. Selepas membunuh mangsa yang ke-14, haiwan itu dibunuh pemburu berbangsa Iban dan anggota polis pada 22 Mei 1992.

Terdapat dua jenis buaya di Malaysia, iaitu buaya tembaga (Crocodylus Porosus) yang turut dikenali sebagai buaya katak, buaya muara dan buaya air masin dan buaya Jejulong atau Malayan gharial.

Bujang Senang adalah daripada spesies buaya tembaga.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:37 AM | Show all posts
Sarawak keluarkan 60 lesen buru buaya sejak 2 tahun lalu



Sebanyak 60 lesen memburu buaya dikeluarkan sejak dua tahun lalu sebagai langkah mengawal peningkatan populasi reptilia itu bagi mengelakkan wujud konflik dengan manusia di negeri ini.

Ia termasuk lesen bagi penjualan daging dan kulit buaya, terutama bagi tujuan perubatan serta pembuatan produk kraf.

Timbalan Kontroler Hidupan Liar Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Engkamat Lading, berkata pengeluaran lesen pemburuan dan penjualan buaya bertujuan mengimbangi populasi reptilia itu, sekali gus mengurangkan ancamannya terhadap manusia.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan turut membantu mewujudkan sumber pendapatan bagi masyarakat setempat, terutama di kawasan sungai dikenal pasti memiliki kepadatan buaya yang tinggi.

“Sekarang, buaya boleh ditangkap atau diburu bagi tujuan perdagangan pada peringkat domestik atau antarabangsa asalkan memiliki lesen sah dikeluarkan JHS,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Engkamat berkata, pihaknya sudah banyak melakukan kajian di sepanjang sungai di Lawas dan mendapati populasi buaya katak meningkat di sungai itu.

Justeru, beliau berkata, JHS akan memasang lebih banyak notis pemberitahuan dan amaran di kawasan yang ada banyak buaya di Sarawak.

“Kita mengalu-alukan penyelidik tempatan atau luar negara untuk menjalankan kajian terhadap buaya di Sarawak.

“Kita tidak mahu buaya mengalami ancaman kepupusan sebagaimana nasib yang menimpa haiwan liar lain di negara ini seperti badak,” katanya.

Secara keseluruhan, ada dua spesies buaya di Sarawak, iaitu buaya katak dan buaya jenjulung yang boleh hidup dalam persekitaran air masin.

Selain buaya, beliau berkata, ada banyak haiwan liar lain di Lawas seperti monyet belanda, dugong, penyu dan ikan lumba-lumba.

“Lokasi Kuala Lawas amat sesuai dijadikan pusat pemuliharaan dan pelancongan berasaskan biodiversiti,” katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:40 AM | Show all posts
Top 5 buaya besar dunia

    Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) – MATI
    Dominator (6.1 meters/20 feet) – HIDUP
    Gustave (~6 meters/19.68 feet)-  HIDUP
    Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) – MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
    Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) – HIDUP


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya org sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nampak biawak dalam longkang pun dah melompat takut, tak dapat dibayangkan kalau tetiba nak gi kerja bukak pintu nampak buaya depan mata

Maybe sarawak boleh buat industri beg kulit buaya lepas ni, mana tau boleh jadi femes mcm hermes
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 08:54 AM | Show all posts
Megikari replied at 16-1-2021 08:25 AM
Aku nampak biawak dalam longkang pun dah melompat takut, tak dapat dibayangkan kalau tetiba nak gi k ...

Papua New Guinea ternak buaya dalam ladang untuk kulit. Banyak jual barang2 kulit Papua kat internetMaybe buaya Swak dah lama takda pemangsa..jadi populasi bertambah
Taktau jugak apa predator bagi buaya yg balance ekosistem. Rimau tak silap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 09:10 AM | Show all posts
dengan banjir nya ...
ni sekali pakej dengan buaya menunggu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 09:15 AM | Show all posts
Megikari replied at 16-1-2021 08:25 AM
Aku nampak biawak dalam longkang pun dah melompat takut, tak dapat dibayangkan kalau tetiba nak gi k ...
jangan kata biawak ...
nengok cicak tua yang menggerutu tu pun ... sesak napas


takat ni Sarawak mengekspot buaya hidup untuk d ambik kulit nya ...

dan ada usaha untuk export daging buaya sebagai makanan eksotik
tapi ... tu la ... cam biasa ... bantahan dari NGO

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mempunyai visi menjadikan daging buaya katak sebagai makanan eksotik, termasuk potensi mengeksport daging itu ke luar negara.

Bagaimanapun, visi itu dilihat sedikit ‘terjejas’ selepas ada bantahan dibuat badan bukan kerajaan (NGO), yang mahu reptilia itu kekal dilindungi.

Pengarahnya, Hamden Mohammad, ketika mengesahkan perkara berkenaan, berkata tidak cukup dengan itu, tindakan penakaian atau ‘culling’ buaya katak turut berdepan situasi sama, di mana ada juga NGO melakukan bantahan.

“Perkara bantahan dikemukakan NGO berkenaan memang kami ambil maklum, namun negara ini bernasib baik kerana kita tidak mempunyai NGO pencinta alam yang terlalu ekstrim sehingga menggambarkan hak haiwan adalah sama dengan hak manusia.

Hamden ketika mengulas lanjut, berkata antara NGO menentang pemburuan buaya adalah Sahabat Alam Malaysia.

“Baru-baru ini di Kuching, ada pameran makanan membabitkan daging buaya katak dipanggang. Ada NGO tidak berpuas hati kerana buaya dipanggang secara terbuka...mereka tidak bersetuju,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 09:30 AM | Show all posts
KIM.K replied at 16-1-2021 08:54 AM
Papua New Guinea ternak buaya dalam ladang untuk kulit. Banyak jual barang2 kulit Papua kat intern ...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 16-1-2021 09:30 AM

buaya tak makan badan ek ?

pelik !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.701248 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list