CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1383|Reply: 5

[SARAWAK] Tanah runtuh - Bau dan Lundu bergelap

[Copy link]
Post time 16-1-2021 05:37 AM | Show all posts |Read mode
Landslides Cause Power Interruptions to Lundu, Sematan and Telok Melano
Two supply lines running from Bau to Lundu damaged. Sarawak Energy’s technical team on site for repair and restoration works.

BAU
15 JANUARY 2021

The ongoing rainy weather conditions caused two landslide incidents along the Bau-Lundu main road, affecting power supply to about 9,000 customers in Bau-Lundu, Lundu, Sematan and Telok Melano.

Two 33kV overhead lines tripped after the landslide incidents damaged an electrical pole and caused underground cable fault from soil erosion.

The first line was reported to trip at about 11:30pm on Wednesday, 13 January 2021. Sarawak Energy immediately deployed its operations team to assess the impact of the landslide on the fallen pole. However, repair efforts were hampered by unsafe site conditions due to landslide and area inaccessibility due to flood waters.

The second line tripped at about 10:45am on Friday, 15 January 2021 after another landslide incident damaged the underground cable. Restoration efforts will only proceed after the site has been cleared and safe for repair works.

Sarawak Energy Regional Manager for Western Region, Choo Min Chong said that the team is working to repair the broken pole at the first line, with restoration expected to complete today by 10pm at press time.

“Earth movement and poor weather conditions continue to hamper the team’s progress in safe and quick restoration works. We are updating our affected customers on the situation and truly appreciate their kind understanding on this. We assure them that we are doing our best to restore power supply safely as soon as we can,” explained Choo.

For more information and service updates, customers can contact Sarawak Energy's 24/7 Customer Care Centre at 1300-88-3111 or email to [email protected]. Customers can also download Sarawak Energy’s mobile app SEB cares, available on Google Play and Apple App Store for assistance.



Comments

new thread tacang from SMod kawasan; also upah jaga bod ini dan membantu sebagai SMod in CI  Post time 16-1-2021 07:59 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 05:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:40 AM | Show all posts
Keselamatan Awam Dari Bahaya Elektrik Jadi Perhatian Utama

JUMAAT, 15 JANUARI 2021

KUCHING : Sarawak Energy sentiasa bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengembalikan bekalan elektrik secepat mungkin dalam keadaan negeri yang sedang mengalami hujan lebat dan seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Naib Presiden Peruncitan Sarawak Energy Berhad (SEB) Yusri Safri dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, keselamatan awam dari bahaya elektrik menjadi perhatian utama pihaknya buat masa ini, dan kerja- kerja pemulihan hanya dapat dilakukan setelah keadaan kembali pulih dan selamat.

Katanya, langkah-langkah keselamatan semasa hujan lebat atau kenaikan paras air perlu dipraktikkan oleh orang ramai bagi mengurangkan risiko yang berkaitan dengan elektrik.

“Sebelum berlakunya banjir, matikan papan suiz utama elektrik di rumah sekiranya terdapat tanda awal kenaikan paras air”

“Matikan dan alih peralatan elektrik ke kedudukan tinggi atau kawasan di atas paras air”

“Elakkan diri daripada menyentuh peralatan elektrik atau suiz dengan tangan yang basah atau lembap”

“Jangan menghampiri elektrik yang berendam dalam air seperti transformer, substesen, tiang elektrik dan lain-lain”

“Sekiranya berada di dalam bot dan berada di kawasan banjir, berhati-hati dengan talian elektrik”

“Apabila keadaan banjir telah surut atau reda, berhati-hati dengan tiang atau talian elektrik yang jatuh”

“Jangan cuba mengoperasikan peralatan elektrik jika ia terendam di dalam air banjir kerana boleh menyebabkan letusan elektrik atau kebakaran”

“Dapatkan khidmat juruelektrik yang berkelayakan dan berdaftar dengan syarikat SESCO Berhad untuk memeriksa pendawaian rumah atau bangunan sebelum menghidupkan suiz bekalan utama”


Kejadian tanah runtuh dan banjir di selatan Sarawak, menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan termasuk Kuching, Bau, Padawan dan Siburan. -EDISI UKAS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:42 AM | Show all posts
BAU, 15 Jan -- Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.

Syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa pasukan teknikal telah dikerah ke lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan di dua talian bekalan elektrik antara daerah Bau dan Lundu yang rosak akibat tanah runtuh.

“Dua talian atas 33kV (Kilovolt) tersangkut akibat kejadian tanah runtuh yang merosakkan tiang elekrtik dan menyebabkan kerosakan kabel bawah tanah kerana hakisan tanah,” menurut kenyataan itu.

Talian pertama dilaporkan terputus pada 11.30 malam Rabu, 13 Jan dan SEB dengan serta-merta mengerahkan pasukan pasukan operasinya menilai kesan tanah runtuh pada tiang yang tumbang.

“Bagaimanapun, usaha pembaikan terjejas disebabkan keadaan tidak selamat susulan tanah runtuh dan kawasan terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu.

Talian kedua terputus pada 10.45 pagi tadi selepas satu lagi kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kabel bawah tanah.

“Usaha pemulihan hanya akan dilakukan setelah kawasan itu dibersihkan dan selamat untuk kerja-kerja pembaikan,” jelasnya.

Pengurus Wilayah Barat SEB Choo Min Chong dalam kenyataan itu berkata pasukan pemulihan telah berusaha memperbaiki tiang patah di talian pertama, yang dijangka siap pada 10 malam ini.

“Pergerakan tanah dan keadaan cuaca buruk menjejaskan kerja-kerja pemulihan yang selamat dan cepat. Kami memaklumkan situasi terkini kepada pelanggan terjejas dan amat menghargai mereka yang faham keadaan pada masa ini. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan bekalan elektrik dengan selamat secepat mungkin,” katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.409624 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list